BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Warga Emas Maut Kemalangan Di Sibu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Seorang wanita warga emas maut manakala tujuh lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 17.7 Jalan Sibu-Selangau, Lebuh Raya Pan Borneo malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa, Yap Li Yun, 66, yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan MPV Perodua Aruz disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.49 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri sedang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, dua lagi penumpang cedera manakala pemandu tidak mengalami kecederaan. Kesemua mangsa berusia antara 56 hingga 76 tahun.

“Pemandu lelaki serta tiga penumpang wanita kenderaan pacuan empat roda pula tidak mengalami kecederaan,” menurut jurucakap itu menerusi kenyataan hari ini.

Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa selepas menstabilkan kenderaan yang terbalik mengiring dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat tamat pada 11.14 malam selepas kerja pembersihan selesai dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register