BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Warga Emas Maut Disambar Buaya Ketika Cari Siput

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Wanita Warga Emas Maut Disambar Buaya Ketika Cari Siput​

f144a8e2b666fccc67573dbd08a307d4668009bf14742

(gambar hiasan)

Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun maut disambar dan diheret buaya ketika mencari siput bersama dengan anak perempuannya di sungai berhampiran Batu Niah hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian berlaku berhampiran simpang sebelum Jambatan Suai ketika Sambai Anggah berada di atas perahu manakala anaknya di dalam sungai, hanya kira-kira satu meter daripada mangsa.

“Anak mangsa menyaksikan sendiri buaya berkenaan tiba-tiba menyambar ibunya dan mengheret mangsa kira-kira 10 meter dari perahu.

“Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu bertindak mengepung buaya berkenaan sehingga buaya tersebut melepaskan mangsa, yang kemudiannya dibawa naik ke jeti,” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.26 pagi sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah tiba di lokasi kira-kira 30 minit selepas itu.

Operasi ditamatkan pada 1.45 tengah hari dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register