BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Warga India Lemas Selepas Terjatuh Bot Di Pulau TiomanÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Wanita Warga India Lemas Selepas Terjatuh Bot Di Pulau TiomanÂ​

0dee9b1f3044fd20e69f13583d9b9fca6aa554ab5a2c2

Gambar Fail

Seorang wanita warga India ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika menyertai aktiviti selam skuba di kawasan perairan Renggis, Pulau Tioman, Rompin hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Tekek mengenai kejadian lemas melibatkan mangsa, Sabiya Shiek, 65, kira-kira 10 pagi tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa telah menjalankan aktiviti discovery scuba diving bersama enam ahli keluarga, dua jurulatih dan seorang dive master.

“Selepas aktiviti itu mangsa telah memberitahu jurulatih untuk balik ke bot dan kemudiannya dihantar ke bot.

“Bagaimanapun, setelah anak mangsa membantunya menanggalkan peralatan selaman dan Sabiya hendak memanjat tangga bot, wanita itu dipercayai telah tergelincir sebelum jatuh semula ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha mencari telah dilakukan oleh jurulatih sebelum mangsa ditemukan kira-kira 15 minit selepas itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdampar di dasar berpasir tidak jauh dari kawasan selaman.

Mangsa seterusnya dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Sharif Shai berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

 
Back
Top
Log in Register