BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita terjun dari kenderaan bergerak, saksi diminta tampil buat laporan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Polis mengesan individu terlibat dan saksi kejadian seorang wanita terjun keluar daripada sebuah kenderaan di Lebuhraya Sprint di sini, yang tular menerusi video berdurasi 14 saat.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata video itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Lion Wong memaparkan seorang wanita telah membuka pintu dan keluar ketika kenderaan itu sedang bergerak laju di laluan kedua lebuh raya terbabit.

“Wanita tersebut telah bergolek di atas jalan raya dan hampir dilanggar oleh beberapa kenderaan. Polis Diraja Malaysia mengesahkan setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

“Orang ramai yang terlibat atau saksi kejadian diminta tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 
open thread no vids sei sohai
 


Wanita terjun dari kenderaan bergerak, saksi diminta tampil buat laporan


Oleh : Ing Boon Seng

KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil membuat laporan berhubung kejjadian seorang wanita terjun dari sebuah kenderaan sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata setakat ini belum ada laporan dibuat berhubung insiden berkenaan.

Terdahulu tular satu video berdurasi 14 saat memaparkan seorang wanita yang berada di tempat duduk belakang, membuka pintu dan keluar dari kenderaan yang sedang bergerak.

Akibatnya, wanita itu tergolek di atas jalan raya dan nyaris dilanggar beberapa kenderaan.

Tambah ACP Ku Mashariman, insiden itu dipercayai berlaku di laluan kedua Lebuh Raya Sprint, ibu negara.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Artikel : Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register