BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kenderaan dipercayai dibaling batu dari jambatan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
Kenderaan dipercayai dibaling batu dari jambatan


SHAH ALAM: Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden sebuah kenderaan di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang mengalami kerosakan selepas dibaling batu dari atas jambatan di Kilometer 8.3 arah selatan, berhampiran Jambatan Seri Cheeding, Kuala Langat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3.30 pagi.

“Balingan batu dari atas jambatan itu menyebabkan kerosakan pada kenderaan terbabit, namun tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pengguna jalan raya.

“Laporan dibuat bagi memohon pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berkenaan bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu, Mohd Akmalrizal berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis giat mengesan suspek dan menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222,” katanya.


Artikel : Buletin Tv3

 
Back
Top
Log in Register