BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita pecah telur guna kemaluan hasilkan lukisan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Atas nama seni, seorang pelukis wanita Swiss berbogel dan memasukkan telur berisi cat ke dalam kemaluannya sebelum dipecahkan di atas kanvas bagi menghasilkan sebuah lukisan bertema kelahiran.

Lukisan dinamakan ‘PlopEgg’ ini dikatakan membawa simbolik ketakutan penciptaan dankekuatan kreatif seorang wanita.

Milo Moire yang sememangnya dikenali kerana gemar melakukan persembahan seni dalam keadaan bogel kali ini beraksi depan orang ramai di luar pameran seni di Jerman baru-baru ini.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Moire melakukan aksi ‘membelanja’ tubuhnya kepada orang ramai demi sebuah karya.

Pecah telur

Bagi menghasilkan ‘Scrip System’, Moire pernah mengejutkan pengguna komuter apabila menggunakan perkhidmatan awam tersebut tanpa mengenakan seurat benang pun dan hanya berkasut tumit tinggi sebelum ini.

Moire nampaknya mengikut jejak langkah beberapa pelukis provokatif terdahulu seperti Marina Abramovic, Yoko Ono dan Franco B yang gemar menggunakan tubuh badan untuk menzahirkan karya seni mereka.


Mynewshub.

o-PLOPEGG-facebook_zps26934c91.jpg

plopegg_1gr.jpg
 
tak ada video ke
 
Komisyen Hebat 2014

Merah?
Virgin sehhh
 
perasan tak ada telur jatuh kt celah tu?
 
Back
Top
Log in Register