lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
PENUMPANG WANITA BERKAKI KELDAI
~ Lagenda Dari Pergunungan Yaman ~
Cerita ni sangat popular di seluruh Semenanjung Arab - Yaman, Arab Saudi, Oman, UAE. Tapi versi paling ‘keras’ datang dari kawasan pergunungan Yaman.
Orang panggil dia Al-Mar'ah Dhaat Rijl Al-Himar - Wanita Berkaki Keldai.
Atau dalam bahasa tempatan, kadang dipanggil Umm Al-Himar - Ibu Keldai.
Rupanya
Menurut kisah, makhluk ni suka menyerupai seorang perempuan cantik. Sangat cantik. Rambutnya panjang ikal mayang dan hitam pekat, muka macam bidadari, pakai jubah putih atau merah.
Biasanya dia akan berdiri sorang-sorang di tepi jalan, macam tunggu seseorang. Dan dia akan tumpang naik mana-mana kenderaan yang berhenti kerana terpesona dengan kecantikannya.
‘Modus Operandi’
Menurut kepercayaan, Wanita Kaki Keldai ada beberapa tabiat:
1. Menculik lelaki
Dia akan bawa mangsa ke tempat tersembunyi - gua, rumah terbiar, atau "dimensi" lain. Di sana, lelaki tu akan dijadikan hamba. Atau... lebih teruk, hilang nyawa terus.
2. Membawa kemalangan
Mana-mana pemandu yang ternampak dia, tau pasal dia dan cuba lari, dia akan buat mereka kemalangan. Banyak kes dilaporkan di mana pemandu yang nampak Wanita Kaki Keldai akhirnya terbabas masuk gaung atau langgar pokok.
3. Menyerap tenaga
Ada kepercayaan bahawa dia bukan nak bunuh - dia nak tenaga hidup mangsa. Lepas "bersama" dengan dia, mangsa akan jadi lemah, sakit, dan akhirnya mati.
Kisah Dari Jalan Ta'izz-Aden, Yaman (2012)
Cerita ni dikongsi di forum Arab dan diulang dalam beberapa kompilasi cerita seram Timur Tengah.
Abdullah, seorang pemandu lori berumur 40-an, selalu lalu jalan Ta'izz ke Aden untuk kerja. Jalan tu terkenal berbahaya - bukan sebab jalan rosak, tapi sebab... berpenunggu.
Malam tu, Abdullah memandu sorang-sorang tanpa kelindan, dalam pukul 2 pagi lebih. Tiba-tiba, di selekoh jalan, dia nampak seorang perempuan berdiri tepi jalan.
Sangat cantik. Pakai jubah putih. Rambut panjang hitam.
Abdullah berhenti.
"Ukhti, apa kau buat sini sorang-sorang?"
Perempuan tu senyum. "Kereta saya rosak. Boleh tolong hantar saya ke kampung depan?"
Abdullah, walaupun rasa pelik sebab sepanjang perjalanan tadi, takde pulak nampak sebarang kenderaan yang rosal. Tapi dia macam kesian dan setuju dengan permintaan perempuan tu. Perempuan tu naik, duduk di tempat penumpang.
Mereka mula bergerak.
Perbualan Yang Pelik
Sepanjang perjalanan, Abdullah perasan beberapa benda:
- Perempuan tu tak pernah pandang lurus - selalu pandang keluar tingkap atau hanya tunduk ke bawah
- Bila Abdullah tanya soalan, jawapan dia lambat - macam kena fikir dulu nak jawab apa
- Ada bau pelik dalam lori - macam bau binatang, tapi samar-samar
- Dan yang paling pelik, air-cond tak jalan. Padahal Abdullah dah pasang kuat. Tapi dalam lori rasa panas gila.
"Ukhti, panas betul malam ni kan. Kau okay tak?"
Perempuan tu gelak kecil. "Saya memang suka panas."
Jawapan tu buat Abdullah rasa... tak sedap hati. Dia curi-curi pandang ke bawah. Ke arah kaki perempuan tu.
Abdullah Dah Nampak
Dalam samar-samar cahaya dashboard… Jubah putih yang menutup sebahagian kaki tu tersingkap sikit, cukup untuk Abdullah nampak yang kaki kanan perempuan tu... bukan bentuk kaki manusia biasa. Ia berbentuk kuku keldai. Hitam. Keras. Mencengkam lantai lori.
Abdullah terkejut. Tapi dia cukup bijak untuk tidak terus bagi apa-apa reaksi. Dia teruskan je memandu seperti biasa, tapi jantungnya berdegup kencang macam nak luruh dah. Tangan menggigil dan dia berpeluh sakan.
Dalam hati, dia mula baca ayat Kursi. Ulang-ulang. Tak berhenti.
"Allahu la ilaha illa huwa al-hayyul-qayyum..."
Reaksi Jin
Bila Abdullah mula baca ayat Kursi dalam hati... Perempuan tu berubah.
Senyuman dia hilang. Muka dia jadi... gelap. Bukan gelap warna - gelap macam bayang menyelubungi.
"Kenapa kau baca tu?"
Suara dia pun dan lain. Bukan suara perempuan lembut macam tadi, tapi suara macam... garau dan bergema.
Abdullah tak jawab. Dia terus baca tak henti.
"La ta'khuzhuhu sinatuw wa la naum..."
Perempuan tu - jin tu - mula menggeletar. Seluruh badan dia bergegar.
"BERHENTI BACA!"
Abdullah tak berhenti. Malah, dia baca dengan suara lantang kali ni.
"Lahu ma fis-samawati wa ma fil-ard..."
Ghaib
Tiba-tiba, benda alah tu menjerit dan meraung sekuat-kuatnya, seolah-olah dalam kesakitan yang teramat sangat. Abdullah rasa gegendang telinganya bagai nak pecah dengar jeritan bergema tu.
Kemudian, perempuan tu tiba-tiba hilang lesap. Macam tak pernah ada. Tapi bau keldai tu... kekal. Dalam lori tu berbau keldai untuk berminggu-minggu lamanya lepas kejadian tu.
Dengan tubuh yang masih menggigil dan basah kuyup dengan peluh, Abdullah berhenti di tepi jalan. Dia keluar, sujud syukur di tepi jalan. Kemudian terus ke masjid terdekat, beriktikaf di sana dan tak balik rumah sampai pagi.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-