BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita merajuk baring hentak kaki selepas disaman polis trafik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141
Geli-rajuk.jpg

SEORANG wanita barang di atas jalan raya. - Foto Douyin

BEIJING – Seorang wanita di wilayah Hubei, China, mengejutkan dua anggota polis trafik apabila berbaring di atas jalan raya dan meragam selepas mereka mengarahkan dia berhenti, lapor portal berita MSNews hari ini.

Menurut portal berita Jimu News, polis menahan wanita tersebut ketika dia menunggang basikal elektrik di lorong kenderaan bermotor.

Anggota polis itu berkata, dia boleh didenda RMB20 (RM11) dan menawarkan untuk membimbingnya melalui proses pembayaran.

Namun, wanita itu mempersoalkan kenapa kenderaan lain yang memandu di lorong tersebut tidak disaman.

Wanita itu turut mendakwa bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk membayar saman melalui sistem pengurusan trafik.

Anggota polis sama kemudian memberitahu, kenderaan lain adalah kenderaan bermotor dan dibenarkan memandu di jalan raya.

Mendengar jawapan polis, wanita marah dan berkata, dia tidak akan membayar denda dan berbaring di atas jalan sambil menghentak-hentak kaki sebagai protes.

Walaupun berdepan reaksi luar dugaan, polis meminta wanita itu bergerak ke kawasan jalan yang lebih selamat.

Akhirnya, wanita itu memahami risiko tindakannya dan mengaku bahawa perbuatannya menyalahi undang-undang. – AGENSI

 
Ada satu kesah seorang perempuan kena tahan dengan polis trafik.
Perempuan tu punya le panik sampai dia terpeluk bahu polis trafik sambil merayu.
Menggelabah polis trafik tu...
 
Back
Top
Log in Register