BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Wanita didenda tak pakai pelitup muka tunjuk CCTV, sangkal kenyataan polis

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266
33f4fa1fce20533108c223ca5ad9b4bf.jpg


Diterbitkan 22 Jan 2021, 2:37 pm

Dikemaskini 4:00 pm

A+A-
4
Seorang perempuan yang didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika keluar dari keretanya menunjukkan rakaman CCTV bagi menyangkal dakwaan polis bahawa ada orang lain berdekatan dengannya ketika kejadian.

Mengongsikan rakaman itu di Twitter, Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim dilihat di tempat letak kereta yang agak kosong - hanya beberapa kenderaan dan tiada orang lain.
Rakaman itu menunjukkan seorang perempuan keluar dari kereta sebelum sebuah kereta polis berhenti seorang anggota mendekatinya.
Nur Izzati berkata dia didenda di depan kafenya di Segamat, Johor pada 20 Jan lalu kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketika itu, katanya, dia sedang mengeluarkan anaknya dari kereta dan tiada orang lain di sekitar.
"Anda bayangkan, saya baru keluar dari kereta dan nak ambil anak di tempat dduk sebelah.
"Bukan tempat sesak. Kafe saya pun tak buka lagi tapi (polis) saman saya sebab saya bukan ahli politik. Kedai keliling kafe saya semua tutup!" ciapnya.



Menurut Nur Izzati, selain anggota polis, hanya dia dan anak-anaknya yang ada di situ.

Katanya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sendiri pada 15 Dis lalu berkata pelitup muka tidak wajib jika individu itu hanya berseorangan atau bukan di tempat sesak.
Bagaimanapun Polis Johor semalam mempertahankan denda yang dikenakan dan berkata ada orang lain di kawasan itu ketika kejadian.

"Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali," kata Ketua Polis Johor Ayub Khan Mydin Pitchay seperti dipetik Sinar Harian.

Ditanya berkenaan rakaman CCTV itu hari ini, Ayub ketika dihubungi berkata Polis Johor tidak akan membuat sebarang komen lanjut berkenaan kes ini.
Nur Izzati pada mulanya berkata dia mahu membuat bantahan terhadap denda itu tetapi kini menerimanya setelah merasakan ia tidak akan membuahkan hasil.
"Nampaknya kes saya ini macam tak ada future saja...Saya reda, tunggu mahkamah Yang Maha Esa sajalah," ciapnya.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan berhubung individu yang didenda kerana tidak memakai pelitup muka ketika berseorangan di taman awam atau menurunkan pelitup muka di kawasan pengangkutan awam.

Pada masa sama, sejumlah ahli politik dan tokoh awam juga dilihat - menerusi gambar - tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri acara, termasuk dalam keadaan sesak.
Setakat ini tiada laporan berhubung ahli politik yang didenda kerana tidak memakai pelitup muka, atau memakainya secara salah.

 
keluar rumah.. pakai je la,,, dalam kereta pun pakai... bukan apa ...takut jadi cam nia.

apa pun takziah pada puan kita ni.
 
fight fight juga, tapi aku harap biar kes ni jadi pengajaran dan warning untuk org di luar sana.

gunakan kuasa kamera henpon anda, ayuh! rakam mereka yang tidak memakai pelitup muka. viral kan wajah mereka.
 
Satu ja polis yg saman dia xdk budi bicara langsung....apa dato ayob pun xleh nak komen sebab sebelum nie komen dia xtngk cctv, nie dh ada cctv kantoi la sebab sebelum nie dia komen ada org lain.....buat ja bantahan.....ada dlm pic mn tah tmj selambar xpakai penutup mulut....pi tngk hasil tangkapan dadah kt ipk....xdk plk yg berani nak saman bagai.....hehehe nilailan sendiri bila manusia yg menjalankn undang2 tu
 
mmg skg kan tgh operasi. asal xpakai je kena.

kampung ak aritu 8 org kena gitu je

rule die kt tempat awam pakai saja.

nasibla kak. bayar jela. nak fight viral2kan panjang2kan cerita mcmla polis nak layan
 
Back
Top
Log in Register