BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita didakwa dagang remaja bagi eksploitasi seks; 8 lelaki didakwa dapatkan khidmat seksual

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Wanita didakwa dagang remaja bagi eksploitasi seks; 8 lelaki didakwa dapatkan khidmat seksual​

screenshot_2026-08-03_135732.jpg

Bangunan Mahkamah Negara Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 20 tahun didakwa di mahkamah pada Isnin (3 Ogos) atas tuduhan memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bagi tujuan eksploitasi seksual serta menerima S$1,435 hasil daripada kegiatan tersebut.

Wanita warga Singapura itu juga didakwa menggunakan Telegram untuk memudahkan penyediaan khidmat seksual oleh remaja berusia 16 tahun itu, selain menyara hidup menggunakan hasil kegiatan pelacuran berkenaan.

IKLAN

Identiti wanita tersebut dan mangsa yang didakwa tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan penerbitan yang dikeluarkan mahkamah. Rekod mahkamah menunjukkan tertuduh dan individu yang dipercayai menjadi mangsa merupakan penghuni pusat perlindungan yang sama.

Lapan lelaki turut didakwa kerana mendapatkan atau cuba mendapatkan khidmat seksual seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan membayar antara S$30 hingga S$150.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada Februari 2024 di beberapa lokasi termasuk tandas orang kurang upaya, ruang tangga dan di dalam kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta.

Kesemua mereka merupakan warga Singapura: Muhammad Ngasri Sengngari, 35 tahun; Wilfred Ang Shui Lai, 34 tahun; Irham Hussaini Mohamad Hussain, 24 tahun; Muhamad Haziq Bakatiar, 23 tahun; Muhammad Ameerulah Noor Mohamed, 27 tahun; Syahirul Daud Abdul Razak, 26 tahun; Muhammad 'Aizat Khalis Daud, 38 tahun; dan Fazal Hanafi Abdul Hameed Chaudhry, 41 tahun.

Wanita itu juga didakwa bekerjasama dengan seorang lagi individu yang belum dikenal pasti untuk memperdaya tiga individu di Telegram supaya membuat bayaran bagi khidmat seksual yang tidak pernah diberikan.

IKLAN

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kesemua sembilan individu itu diberkas selepas siasatan dijalankan berhubung eksploitasi seksual terhadap dua remaja yang berusia bawah 18 tahun ketika kejadian.

Siasatan awal mendapati wanita berusia 20 tahun itu dipercayai mengeksploitasi kedua-dua mangsa dengan mengaturkan penyediaan khidmat seks berbayar oleh mereka dan meraih keuntungan daripada kegiatan tersebut.

Identiti lapan lelaki itu dikenal pasti menerusi siasatan susulan.

Jika disabit kesalahan mendapatkan khidmat seksual seorang individu bawah umur dengan bayaran, setiap lelaki itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Wanita tersebut pula berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga S$100,000 jika disabit kesalahan merekrut seseorang bagi tujuan eksploitasi di bawah Akta Pencegahan Pemerdagangan Manusia.

IKLAN

Jika tertuduh merupakan seorang lelaki, dia juga boleh dikenakan sehingga enam sebatan.

Bagi kesalahan menerima bayaran berkaitan kegiatan pemerdagangan manusia, wanita itu turut berdepan hukuman yang sama.

Jika disabit kesalahan menyara hidup daripada sebahagian daripada hasil kegiatan pelacuran, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.

 
Back
Top
Log in Register