Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pengasas bersama Obit Smart Chain, Jasmine Ng ketika berucap dalam forum bertajuk “Balance of Scale: Career Growth vs Sustainability”, yang diadakan baru-baru ini,
Wanita kini memainkan peranan semakin penting dalam ekonomi digital Malaysia, yang menyaksikan ramai dalam kalangan mereka mendefinisikan semula kepimpinan.
Dalam masa sama, golongan ini juga mengimbangi aspirasi kerjaya dengan tanggungjawab harian, daripada mengurus rumah tangga sehingga memimpin pasukan dalam persekitaran teknologi yang pantas berubah.
Perkara itu menjadi tumpuan utama pada forum bertajuk “Balance of Scale: Career Growth vs Sustainability”, yang diadakan baru-baru ini, apabila pemimpin wanita dalam sektor teknologi berkongsi pandangan mengenai kepimpinan, keusahawanan serta cara mengurus tekanan di tempat kerja.
Bagi pengasas bersama Obit Smart Chain, Jasmine Ng, peralihan daripada mengurus tugasan kepada membentuk hasil mencerminkan bagaimana aspek kepimpinan itu berkembang.
“Pada peringkat awal kerjaya, anda dinilai berdasarkan jumlah kerja yang dilakukan. Selepas mencapai tahap tertentu, anda tidak lagi dinilai berdasarkan kuantiti, sebaliknya kualiti keputusan yang dibuat,” katanya.
Ng berkata kepimpinan yang berkesan sering kali bermaksud berundur selangkah dan menyediakan ruang untuk pasukan melaksanakan fungsi mereka dengan lebih berkesan, dan lazimnya jurutera perisian serta pakar teknikal lazimnya lebih selesa menyelesaikan sendiri masalah teknikal.
“Mereka kurang gemar berkomunikasi dengan ketua atau membuat pembentangan, justeru ia bergantung kepada anda untuk menjelaskan kepada pihak berkepentingan mengenai apa yang dilakukan oleh pasukan supaya mereka dapat bekerja dengan tenang,” katanya.
Dalam ruang digital masa kini, beliau berkata keupayaan merapatkan jurang antara pasukan teknikal dan pembuat keputusan kini menjadi antara tanggungjawab utama pemimpin.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MADCash Sdn Bhd Dr Nuraizah Baharin menyifatkan peralihan itu sebagai peluang untuk mewujudkan tempat kerja yang mencerminkan nilai peribadi.
Wanita Definisikan Semula Kepimpinan Dalam Industri Digital Malaysia
wanita, digital, kepimpinan, tenaga kerja, AI, IC