Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kepimpinan Wanita Juga Penting Dalam Profesion Perubatan - MMA
Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Perak Dr Monesh Pillai
Kepimpinan wanita membawa perspektif yang lebih menyeluruh, nilai empati tinggi serta pendekatan lebih berpusatkan insan iaitu sesuatu nilai yang amat penting dalam profesion perubatan.
Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Perak Dr Monesh Pillai berkata dunia kesihatan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran baharu antaranya isu kesihatan mental, peningkatan penyakit tidak berjangkit, populasi yang semakin menua, transformasi digital serta perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata isu tersebut memerlukan penyelesaian yang inovatif dan kepimpinan yang berpandangan jauh, selain percaya seluruh masyarakat akan menerima manfaat apabila wanita diberi peluang untuk memimpin.
"Justeru, kita memerlukan lebih ramai wanita berada di meja membuat keputusan, bukan sekadar sebagai peserta, tetapi sebagai pemimpin yang membantu membentuk masa depan sistem kesihatan negara," katanya ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Perasmian Simposium Women In Medicine (WIM) 2026 di sini hari ini.
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian simposium itu bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia.
Turut hadir isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubin, Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Feisul Idzwan Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Simposium WIM 2026 Dr John Emmanuel.
Sementara itu, Dr John dalam sembah ucapannya berkata apabila wanita diperkasakan, bukan sahaja profesion kesihatan menjadi lebih kukuh, malah kualiti penjagaan yang diterima pesakit dan masyarakat turut dipertingkatkan.
Beliau berkata tema Hari Wanita Sedunia tahun ini, "For All Women and Girls: Rights. Equality. Empowerment." mengingatkan masyarakat pemerkasaan bukan sekadar memberi peluang, tetapi memastikan setiap wanita mempunyai ruang memimpin, menyumbang dan mencapai potensi sepenuhnya.
"Sebagai warga kesihatan, tanggungjawab kita bukan sahaja merawat penyakit, malah membina sistem kesihatan yang lebih adil, inklusif dan berpusatkan insan. Seiring dengan perubahan landskap kesihatan, women in medicine (wanita dalam kerjaya perubatan) turut berkembang.
Loading…
www.bernama.com