BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandu Citra Platform Penting Bina Kepimpinan Perkhidmatan Awam - KSN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pandu Citra Platform Penting Bina Kepimpinan Perkhidmatan Awam - KSN​

0acd03ee9511e1767ca7b3abd49d03f96a984546ecdc4

fb Shamsul Azri bin Abu Bakar

Minggu Pandu Citra 2026 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadi platform penting dalam membina kepimpinan perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata pemimpin yang baik bukan sekadar berperanan mengurus organisasi, sebaliknya perlu berupaya membimbing, mencungkil potensi serta membentuk pegawai di bawah kepimpinannya.

“Dengan 99 Pemandu Citra Profesional Sektor Awam yang kini menjadi penggerak di organisasi masing-masing, saya mahu pendekatan coaching ini terus dibawa ke lapangan dan dibudayakan di setiap peringkat jabatan.

“Jadilah duta Pandu Citra yang menghidupkan budaya membimbing, mendengar dan membangunkan orang lain dalam organisasi. Ukuran sebenar kepimpinan akhirnya bukan hanya pada pencapaian kita sendiri, tetapi pada kemampuan kita membina lebih ramai pemimpin selepas kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Shamsul Azri turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima pengiktirafan pada program berkenaan, termasuk Kementerian Kesihatan yang menerima Anugerah Inspirasi Pandu Citra Sektor Awam Kategori Organisasi Tahun 2026.

Selain itu, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Putrajaya Dr Mohammad Khairol Anwar Yusop dipilih sebagai Duta Pandu Citra Sektor Awam Tahun 2026.

Penghargaan Duta Pandu Citra pula diberikan kepada Pengarah Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Muhammad Aszam Gambaris @ Watimin dan Pakar Kesihatan Pekerjaan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis Dr Muhammad Shauqi Abdul Kadir.

Program Minggu Pandu Citra 2026 dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan pegawai awam terhadap pendekatan Pandu Citra sebagai satu kaedah pembangunan modal insan yang mampu memperkukuh kepimpinan, meningkatkan prestasi serta mengenal pasti potensi diri ke arah kecemerlangan.

Program berkenaan menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik bagi memperluas penerapan Pandu Citra dalam perkhidmatan awam.

 
Back
Top
Log in Register