BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jentera Perkhidmatan Awam Sedia Realisasi Potensi Diplomasi MADANI - KSN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Jentera Perkhidmatan Awam Sedia Realisasi Potensi Diplomasi MADANI - KSN​

5b62d229fa1ad227d3955d778f3938bc699a96b671a6f

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

Pendekatan diplomasi yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja ke Rusia dan Turkmenistan baru-baru ini berjaya meletakkan negara pada kedudukan strategik, khususnya dalam meneroka pasaran baharu, dan mengukuhkan hubungan rakan dagang sedia ada.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata untuk itu, seluruh jentera perkhidmatan awam diminta sentiasa menyokong usaha dilakukan kepimpinan negara dalam meletakkan Malaysia pada kedudukan terbaik dalam landskap geopolitik dan ekonomi global.

“Sebagai tulang belakang pentadbiran negara, perkhidmatan awam melihat kejayaan lawatan kerja ini bukan sekadar satu pencapaian dasar luar negara, tetapi sebagai satu amanah pelaksanaan yang perlu disusuli segera pada peringkat domestik,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata visi global kepimpinan negara mesti dipadankan dengan kecekapan pegawai kerajaan, khususnya di kementerian yang mengawal selia ekonomi dan perdagangan dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi, bertindak tangkas, sentiasa membina kapasiti serta membina jaringan kerjasama yang strategik melangkaui kelaziman untuk memahami peralihan tataekonomi dunia baharu supaya negara tidak ketinggalan.

Seluruh warga perkhidmatan awam, khususnya ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan turut diingatkan untuk mencontohi serta mengadaptasi nilai Diplomasi MADANI, dan pendekatan menyeluruh kerajaan (Whole-of-Government) dalam urus tadbir harian.

Shamsul Azri berkata tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada pemantapan inisiatif mempermudah  urusan perniagaan, di samping menjadi fasilitator pelaburan yang cemerlang demi memastikan setiap persepakatan antarabangsa direalisasikan dengan segera.

“Penjawat awam mesti mempunyai pemikiran global dan mempunyai keupayaan untuk berperanan sebagai rakan strategik bertaraf antarabangsa agar setiap peluang pelaburan yang dibawa menerusi Diplomasi MADANI dapat diterjemahkan secara berkesan kepada manfaat nyata untuk rakyat.

“Inilah semangat yang digariskan melalui pemboleh daya 'pengantarabangsaan' di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), yang membina perkhidmatan awam berkeupayaan tinggi dan mendokong agenda pembangunan negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register