BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Galakkan Pelaburan Dari China Dalam Industri Pelancongan, Kata Tiong

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Malaysia Galakkan Pelaburan Dari China Dalam Industri Pelancongan, Kata Tiong​

1eaa4bad5c4fd37b2781703a45b9a5ce6a6380d5bd425

eda297dc684dd07757b9ac9dc6e975dd6a6380f02b702

e62e8781837915d6d8a3c95be5ece94d6a63810f110d4

Kredit : FB Dato' Seri Tiong King Sing

Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari China dalam industri pelancongan tempatan dan menggalakkan lebih ramai pengendali dari China, untuk mengambil bahagian dalam pembangunan pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

“Walau bagaimanapun, kami berharap semua pelaburan dan aktiviti perniagaan akan dijalankan melalui saluran yang sah serta mematuhi peraturan dan kami menggalakkan pengusaha dari China untuk bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan yang sah, demi bersama-sama membina ekosistem pelancongan yang lebih sihat dan mampan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tiong membangkitkan perkara tersebut semasa mesyuarat bilateral dengan Pengerusi Perikatan Pelancongan Dunia (WTA) Zhang Xu, yang diadakan pada sela-sela Dialog Pelancongan ASEAN-China dan Dialog Pelancongan Malaysia-China, di Langkawi.

Beliau berkata langkah Malaysia baru-baru ini untuk mempergiat penguatkuasaan undang-undang dalam pasaran pelancongan tidak disasarkan kepada mana-mana negara atau pengunjung tertentu, sebaliknya bertujuan untuk melindungi keselamatan nyawa dan pengalaman perjalanan semua pelancong.

Beliau berkata operasi haram seperti pakej pelancongan yang tidak diluluskan, pengangkutan haram dan kemudahan pelancongan tidak berlesen, mendatangkan risiko keselamatan yang serius dan mengganggu operasi perniagaan, sekali gus memerlukan penguatkuasaan yang lebih ketat bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan.

Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama pelancongan Malaysia-China, pembangunan pelancongan serantau di seluruh ASEAN, keselamatan pelancongan dan piawaian industri, serta berikrar untuk memperkukuh hubungan demi persekitaran pelancongan serantau yang lebih selamat dan kompetitif.

 
Back
Top
Log in Register