BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem Dwilesen Industri Pelancongan Di Peringkat Akhir Perbincangan - Tiong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
04d71ba229da962d4f6b83c688bfa10869355f191c102


Sistem dwilesen dalam industri pengangkutan pelancongan kini pada peringkat akhir perbincangan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi memperjelas bidang kuasa serta mengelak kekeliruan dalam pelaksanaan operasi dan penguatkuasaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pada masa ini industri berkenaan melibatkan dua sistem pelesenan berasingan iaitu lesen kenderaan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan lesen syarikat pelancongan yang dikeluarkan oleh MOTAC.

"Oleh itu, perbincangan antara MOTAC dengan MOT dalam pengurusan lesen sedang pada peringkat akhir.

“Langkah seterusnya adalah untuk memperjelas had pengurusan lesen dan bidang kuasa penguatkuasaan bagi memastikan tanggungjawab yang jelas, piawaian yang seragam serta mengelakkan pertikaian antara pengusaha dan pihak berkuasa akibat perbezaan tafsiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiong berkata langkah itu mencerminkan komitmen MOTAC dalam memelihara pembangunan ekosistem pelancongan negara yang sihat serta memastikan pelaksanaan selari dengan matlamat keseluruhan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Beliau berkata semua kenderaan pelancongan yang menjalankan perjalanan persiaran juga wajib menyediakan pemandu pelancong berlesen selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) bagi menjamin keselamatan pelawat dan reputasi industri.

Tiong berkata tugas pemandu kenderaan adalah memandu manakala pemandu pelancong bertanggungjawab memberi penerangan serta menjaga kebajikan pelancong.

"Saya tidak menggalakkan kenderaan pelancongan yang menjalankan perjalanan persiaran membenarkan pemandu memegang dua peranan serentak sebagai pemandu kenderaan dan pemandu pelancong. Hal ini kerana keadaan ini boleh menyebabkan pemandu gagal memberi tumpuan sepenuhnya ketika mengemudi kenderaan mereka.

"Dalam usaha memajukan industri pelancongan Malaysia, memastikan keselamatan pelancongan dan pelancongan yang selamat adalah tanggungjawab yang mesti dipikul bersama," katanya.

 
Back
Top
Log in Register