BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tourism Malaysia Sasar Pelancongan Mewah, Belia Dalam Perubahan Pasaran China

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tourism Malaysia Sasar Pelancongan Mewah, Belia Dalam Perubahan Pasaran China​

7fe5cf6a061b60bdd504994f1e0e921b6993e7276ab83

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing

Malaysia sedang memperhebat usaha promosi pelancongan di China dengan menyasarkan segmen pelancongan berasaskan pendidikan, belia dan pelancongan berpendapatan tinggi untuk memenuhi kehendak pengguna di negara itu yang sentiasa berubah-ubah.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dalam hantaran Facebook berkata Tourism Malaysia giat berinteraksi dengan pemain utama dalam industri pelancongan di China, khususnya di Shanghai, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meneroka permintaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman pelancongan mewah, berorientasikan belia dan berfokuskan pendidikan.

Semasa misi promosi ke Shanghai baru-baru ini, Tiong berkata delegasi Tourism Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim telah bertemu dengan beberapa pemain utama industri pelancongan China termasuk LeYou Group, pakar pelancongan mewah 8 Continents Travel dan Cuttlefish Travel untuk meneroka trend pasaran baharu dan potensi kerjasama.

Sementara itu, Mohd Amirul Rizal berkata pertemuan berkenaan menonjolkan dinamik pasaran pelancongan China yang amat pantas berubah.

“Kumpulan umur dan segmen pengguna di China yang berbeza kini mencari kelainan. Kita tidak boleh terus menjual pakej pelancongan yang sama seperti dahulu.

“Bagi Malaysia, hala tujunya mestilah ‘pelancongan campur X’, menggabungkan perjalanan dengan minat khusus sama ada makanan, pendidikan, kesejahteraan, pengembaraan atau budaya, bergantung pada pasaran yang disasarkan,” kata Mohd Amirul Rizal.

Beliau berkata Malaysia melihat potensi besar merentasi beberapa segmen, daripada pelancongan warga emas dan percutian mewah yang disesuaikan mengikut kehendak pelanggan sehinggalah pelancong muda yang mengembara bebas, serta kumpulan pelancongan keluarga dan pendidikan.

Tourism Malaysia terbuka untuk mengadakan kempen galakan dengan rakan China termasuk promosi secara digital, kerjasama dengan pemimpin pendapat utama (KOL), kandungan video pendek dan promosi bertema khusus.

“Setiap platform ini memiliki kelebihan tersendiri. Ada yang kukuh dalam segmen mewah, ada yang mempunyai rangkaian fizikal yang luas dan ada juga yang berhubung terus dengan pelancong muda dan bebas.

 
Back
Top
Log in Register