BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Filipina Kekal Pasaran Pelancongan Utama Bagi Malaysia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Filipina Kekal Pasaran Pelancongan Utama Bagi Malaysia​

3d36e9b5e351ddfe799a4d157393146d6992b6b260d5e


Filipina kekal sebagai pasaran pelancongan utama bagi Malaysia dalam rantau ASEAN.

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat Jun 2026, Malaysia merekodkan sejumlah 299,633 ketibaan pelawat dari Filipina, meningkat 1.13 peratus berbanding 296,298 ketibaan  dalam tempoh sama pada 2025.

“Kesalinghubungan udara antara Malaysia dan Filipina kekal kukuh, menyaksikan kira-kira 59 penerbangan seminggu yang menawarkan lebih 11,615 tempat duduk.

“Penerbangan itu menghubungkan Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan destinasi lain di Malaysia dengan bandar-bandar di Filipina, termasuk Manila dan Cebu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia Lee Thai Hung berkata Filipina terus menjadi pasaran sumber yang berpotensi, disokong oleh kesalinghubungan udara yang kukuh, hubungan budaya, serta permintaan yang semakin meningkat terhadap perjalanan serantau.

“Melalui misi jualan itu, Tourism Malaysia kekal komited untuk memperkukuh kerjasama dengan industri pelancongan Filipina, di samping meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan riadah, acara perniagaan, beli-belah, alam semula jadi, kebudayaan dan pelancongan mesra Muslim bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027,” katanya.

Tourism Malaysia menganjurkan Misi Jualan ke Filipina 2026 yang berlangsung dari 16 hingga 23 Ogos 2026, merangkumi Seminar Destinasi dan Travel Mart di tiga bandar utama, iaitu Manila, Davao dan Cebu.

Usaha itu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan kerjasama pelancongan, mengetengahkan kepelbagaian tawaran dan destinasi pelancongan Malaysia serta meningkatkan kedatangan pelancong dari Filipina.

Misi jualan yang melibatkan beberapa bandar itu menghubungkan 21 pihak berkepentingan dalam industri pelancongan Malaysia dengan rakan kongsi di Filipina dan 340 pembeli menerusi pertemuan perniagaan-ke-perniagaan (B2B), sesi jaringan serta pembentangan destinasi.

 
Back
Top
Log in Register