BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Kampung Pantai Sepat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
276d90f6c736cb4ea64000f43d8c6961678284c445cf5


Seorang wanita cedera selepas pokok tumbang menghempap kenderaan yang dinaikinya dalam kejadian di Kampung Pantai Sepat, Jalan Penor, di sini malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bergerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada 9.41 malam, kami mendapati  sebahagian dahan pokok telah menghempap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu melibatkan dua mangsa, iaitu seorang wanita berusia 27 tahun yang cedera pada bahagian kepala, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan selamat, kedua-duanya telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Wanita yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut," katanya.

 
Back
Top
Log in Register