eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PUTRAJAYA: Satu kumpulan ustaz tanpa tauliah dipercayai menjadikan golongan kaya di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor bagi mengaut keuntungan mudah dengan mengenakan caj ceramah di rumah sehingga RM1,000 mengikut populariti masing-masing.
Kumpulan ustaz lingkungan 30-an hingga 40-an yang tidak diketahui latar belakang pendidikan agama mereka itu dikatakan tidak mempunyai pekerjaan, malah bergantung hidup kepada sesi ceramah rumah ke rumah bagi menampung kehidupan.
Bukan itu saja, selain mengenakan caj serendah RM300 sehingga lebih RM1,000 mengikut populariti dan kemampuan masing-masing ketika memberikan ceramah, kumpulan ustaz yang dipantau pergerakan mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terbabit bijak mencari golongan kaya yang tidak betah ke masjid atau surau sebagai sasaran.
Pergerakan ustaz muda terbabit didedahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, yang mengakui ada ustaz yang tidak diberikan tauliah memberikan ceramah di rumah golongan berada.
Menurutnya, dua kawasan terbabit dijadikan sasaran kerana ia ‘lubuk duit’ yang menjadi penempatan golongan kenamaan dan kaya yang mampu membayar berapa saja bayaran diminta.
“Memang kita menyedari dua kawasan itu menjadi sasaran kumpulan ustaz terbabit kerana yakin mampu memperoleh bayaran mahal selepas ceramah diberikan mengikut tempoh yang ditetapkan.
“Pergerakan ustaz tanpa tauliah ini banyak berlaku di negeri ini dan pemantauan berterusan dibuat melalui risikan dan aduan penduduk sekitar,” katanya, semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati, kegiatan ustaz terbabit dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan pemantauan lebih teliti terus dilakukan sebelum tindakan susulan dilakukan bagi menghentikannya.
Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin mengakui ada menahan seorang ustaz yang dikesan mengenakan caj tertentu bagi ceramah rumah yang diberikan di kawasan terbabit.
Menurutnya, siasatan mendapati, ustaz yang ada nama itu tidak memiliki tauliah dan mengenakan bayaran antara RM200 hingga lebih RM1,000 mengikut tempoh ditetapkan.
“Apa yang saya dapati, ustaz ini tidak mempunyai pekerjaan dan hanya menjadikan sesi ceramah rumah ke rumah sebagai peluang untuk memperoleh pendapatan lumayan.
“Bukan itu saja selain ustaz tidak ada kerja itu, ada juga individu yang kononnya ada latar belakang agama turut menjadi ustaz ‘part time’ tanpa tauliah bagi memberikan ceramah dari rumah ke rumah dengan mengenakan caj tertentu,” katanya yang mengakui membebaskan ustaz terbabit dengan amaran keras.
Mengulas lanjut, Mohamed Khusrin berkata, kumpulan pergerakan ustaz terbabit memang sudah dikesan sebelum ini malah pemantauan terhadap mereka dibuat bagi memastikan tidak berlaku ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya.
Apa yang pelik, katanya, caj terhadap ceramah tanpa tauliah yang diberikan mungkin lebih tinggi berdasarkan populariti yang dimiliki selain kemampuan berceramah yang dimiliki.
“Apa yang pasti kita sedang memantau pergerakan kumpulan ustaz terbabit terutamanya di kawasan elit yang dipercayai menjadi sasaran mereka.
“Kita tidak akan teragak-agak meneruskan penguatkuasaan bagi menahan mereka jika didapati menyampaikan ceramah tanpa tauliah,” katanya.