BTC USD 57,286.6 Gold USD 1,778.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang mudah ustaz muda

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PUTRAJAYA: Satu kumpulan ustaz tanpa tauliah dipercayai menjadikan golongan kaya di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor bagi mengaut keuntungan mudah dengan mengenakan caj ceramah di rumah sehingga RM1,000 mengikut populariti masing-masing.

Kumpulan ustaz lingkungan 30-an hingga 40-an yang tidak diketahui latar belakang pendidikan agama mereka itu dikatakan tidak mempunyai pekerjaan, malah bergantung hidup kepada sesi ceramah rumah ke rumah bagi menampung kehidupan.

Bukan itu saja, selain mengenakan caj serendah RM300 sehingga lebih RM1,000 mengikut populariti dan kemampuan masing-masing ketika memberikan ceramah, kumpulan ustaz yang dipantau pergerakan mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terbabit bijak mencari golongan kaya yang tidak betah ke masjid atau surau sebagai sasaran.

Pergerakan ustaz muda terbabit didedahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, yang mengakui ada ustaz yang tidak diberikan tauliah memberikan ceramah di rumah golongan berada.

Menurutnya, dua kawasan terbabit dijadikan sasaran kerana ia ‘lubuk duit’ yang menjadi penempatan golongan kenamaan dan kaya yang mampu membayar berapa saja bayaran diminta.

“Memang kita menyedari dua kawasan itu menjadi sasaran kumpulan ustaz terbabit kerana yakin mampu memperoleh bayaran mahal selepas ceramah diberikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Pergerakan ustaz tanpa tauliah ini banyak berlaku di negeri ini dan pemantauan berterusan dibuat melalui risikan dan aduan penduduk sekitar,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kegiatan ustaz terbabit dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan pemantauan lebih teliti terus dilakukan sebelum tindakan susulan dilakukan bagi menghentikannya.

Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin mengakui ada menahan seorang ustaz yang dikesan mengenakan caj tertentu bagi ceramah rumah yang diberikan di kawasan terbabit.

Menurutnya, siasatan mendapati, ustaz yang ada nama itu tidak memiliki tauliah dan mengenakan bayaran antara RM200 hingga lebih RM1,000 mengikut tempoh ditetapkan.

“Apa yang saya dapati, ustaz ini tidak mempunyai pekerjaan dan hanya menjadikan sesi ceramah rumah ke rumah sebagai peluang untuk memperoleh pendapatan lumayan.

“Bukan itu saja selain ustaz tidak ada kerja itu, ada juga individu yang kononnya ada latar belakang agama turut menjadi ustaz ‘part time’ tanpa tauliah bagi memberikan ceramah dari rumah ke rumah dengan mengenakan caj tertentu,” katanya yang mengakui membebaskan ustaz terbabit dengan amaran keras.

Mengulas lanjut, Mohamed Khusrin berkata, kumpulan pergerakan ustaz terbabit memang sudah dikesan sebelum ini malah pemantauan terhadap mereka dibuat bagi memastikan tidak berlaku ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya.

Apa yang pelik, katanya, caj terhadap ceramah tanpa tauliah yang diberikan mungkin lebih tinggi berdasarkan populariti yang dimiliki selain kemampuan berceramah yang dimiliki.

“Apa yang pasti kita sedang memantau pergerakan kumpulan ustaz terbabit terutamanya di kawasan elit yang dipercayai menjadi sasaran mereka.

“Kita tidak akan teragak-agak meneruskan penguatkuasaan bagi menahan mereka jika didapati menyampaikan ceramah tanpa tauliah,” katanya.
 
Sponsored Post

mangkaq

Super Active Member
Messages
8,834
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
All about money!!!!
Money going first!!
 

hatisuka

Active Member
Messages
1,905
Joined
Sep 2, 2007
Messages
1,905
Reaction score
80
Points
30
JAIS kena ambil peranan... buat program yg sama & lebih tersusun.. bagus tu, ceramah dari rumah ke rumah...
 

FaRid^sp

Super Active Member
Messages
5,745
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
lebih mulia daripada minta sedekah sambil main alat muzik..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
buat ceramah rumah ke rumah dpt duit.

kalau jais buat, free pun takde orang mau :)paid
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Messages
18,293
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
khusrin ni sejak kes ust asri makin mnjadi2 lak..

pantau xpe supaya xde menyeleweng..tp sibuk nk dedahkn kat media cm nk populariti or anggp diorg ni bwk ajaran sesat lak..
 

Jackhalid

Super Active Member
Messages
6,746
Paid Membership
Joined
May 24, 2008
Messages
6,746
Reaction score
1,315
Points
151
bagi aku, kalo takde tauliah (maknanya sbnarnya dia tak layak bergelar ustaz) tapi dia menyebarkan perkara-perkara baik & in line dgn ajaran Islam, still okey lagi. jgn die takde tauliah tapi ajar benda ngarut2 udah ler. :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register