BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersederhana Bawa Barangan Ke Tanah Suci Bantu Mudah Pergerakan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,709
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,709
Reaction score
97
Points
80
46e32ba8c186c9e7e25fd1daee07511869faa78b9ffb6

ba9fbebe161daf8400e9708c87d9123469faa88032238

a51834e9123034677d52f167c731b24369faa8947329d

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun (tengah)

Ketika membuat persiapan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, Makkah, ada dalam kalangan jemaah yang beranggapan semakin banyak barangan dibawa, semakin selamat dan tenang untuk beribadah.

Beg dan bagasi kemudian dipenuhi dengan pakaian tambahan, stok makanan segera, kudapan, ubat-ubatan serta pelbagai keperluan harian, kerana bimbang tidak mencukupi apabila tiba di Tanah Suci.

Hakikatnya, selepas lebih dua minggu mengikuti operasi haji, penulis melihat dan merasai sendiri bahawa panggilan sebagai Dhuyufur-Rahman (tetamu Allah) ini jauh daripada soal membawa barangan berlebihan.

Buktinya, sebahagian besar barangan yang dibawa jemaah dari tanah air masih tersusun rapi di dalam bagasi, malah ada yang langsung tidak digunakan sejak hari pertama ketibaan.

Pakaian yang dibawa berhelai-helai akhirnya hanya beberapa pasang digunakan secara berulang, memandangkan kemudahan dobi disediakan berhampiran tempat penginapan.

Bekalan makanan seperti sambal goreng, mi segera, biskut dan snek yang pada awalnya dianggap ‘wajib dibawa’ turut hampir tidak disentuh, berikutan Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan hidangan makanan selain terdapat pelbagai pilihan makanan mudah diperoleh di sekitar hotel.

Akhirnya, bagasi dan beg yang sarat itu hanya menjadi tambahan kilogram kepada jemaah dengan barangan yang tidak digunakan.

Seorang jemaah dari Selangor, Mohd Azman Ibrahim, 58, berkata beliau membawa satu beg tambahan yang dipenuhi makanan dan pakaian kerana bimbang sukar mendapatkan keperluan ketika menunaikan ibadah haji.

 
Back
Top
Log in Register