BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Walaupun Muhyiddin ‘khianat’, saya boleh lupakan, kata Dr M mengenai tawaran kerjasama dengan PN

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Walaupun Muhyiddin ‘khianat’, saya boleh lupakan, kata Dr M mengenai tawaran kerjasama dengan PN​


October 29, 2022 11:27 AM

mahathir-and-muhyiddin-AP.jpg


Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, parti pembangkang hanya boleh mengalahkan Umno dengan cara bekerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). (Gambar AP)

ALOR SETAR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sanggup merendahkan diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, parti pembangkang hanya boleh mengalahkan Umno dengan cara bekerjasama dan atas sebab itu beliau memilih mengusulkan perkara itu kepada Muhyiddin, namun ditolak oleh pengerusi PN itu.

“Kita pun fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang (saya) kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama dengan Muhyiddin, walaupun dia buat khianat saya, tak apalah saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa sahaja, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, di sini malam ini.



Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang dan penyandang kerusi Parlimen Langkawi, mendakwa Muhyiddin yakin PN boleh memenangi PRU15 tanpa perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak dan masih berminat untuk menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Mukhriz Mahathir, berkata GTA menyasarkan untuk bertanding sekitar 120 kerusi Parlimen dan pengumuman calon akan dibuat pada 2 Nov ini.
“Kita akan buat majlis pengenalan calon kesemuanya pada 2 Nov ini, tapi dari semasa ke semasa kita akan buat pengumuman dua tiga calon di peringkat negeri atau pun di pusat.

“Keseluruhan kerusi sasaran kami GTA akan bertanding di 120 kerusi tapi angka itu akan dimuktamadkan kemudian, mungkin lebih mungkin kurang. Di Kedah, tidak kurang 10 kerusi Parlimen akan ditandingi,” katanya.
 
Cek dek ingat penyokong dia ramai ke?. Kesian dia.
 
Back
Top
Log in Register