BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Village Grocer Buka Cawangan Baharu Di KL Met Galleria

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
639b1a92babbb68fb0c0090ade7e761169f334506df4d


Village Grocer, rangkaian pasar raya premium terkemuka di Malaysia, melakar satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan cawangan baharu di KL Met Galleria hari ini, sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah berkonsepkan “Passion to Delight” kepada komuniti di bandar raya Kuala Lumpur.

Cawangan baharu itu menjadi antara tunjang utama konsep peruncitan KL Met Galleria, yang menawarkan pilihan terpilih hasil tempatan paling segar serta barangan import premium antarabangsa.

Village Grocer dalam satu kenyataan memaklumkan, pelanggan di kawasan berhampiran kini boleh menikmati akses yang lebih mudah kepada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibawa masuk setiap hari dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand, selain hasil tempatan dari Cameron Highlands.

“Kami menawarkan potongan daging yang berkualiti tinggi, serta seksyen makanan laut yang segar, selain produk jenama dari Australia (Woolworths) dan Itali, serta bahagian produk organik dan makanan sihat bagi memenuhi gaya hidup vegan, keto dan bebas gluten,” menurut kenyataan itu.

Cawangan baharu itu turut mempunyai seksyen deli (makanan sedia dimakan) khusus yang menampilkan produk bakeri artisanal dan hidangan ringkas, mudah dan praktikal,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, Ivan Tan berkata premis baharu di KL Met Galleria itu ialah langkah strategik dalam menawarkan barangan runcit premium yang berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur.

“Reka bentuk premis itu bercirikan estetika moden yang segar bagi melengkapi seni bina progresif KL Met Galleria. Matlamat kami adalah menjadikan setiap kunjungan membeli-belah satu pengalaman yang mudah dan menarik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI Sdn Bhd Azman Ibrahim berkata Village Grocer dijangka memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman runcit yang lebih menarik serta memacu kedatangan pengunjung.

Beliau berkata Met Galleria kekal menumpukan kepada pembangunan ekosistem gaya hidup ‘live, work and play’ yang bersepadu dan tersusun untuk komuniti setempat.

 
Back
Top
Log in Register