BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebun baharu di Enabling Village buka lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Kebun baharu di Enabling Village buka lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya​

enabling_garden.jpg

Kebun baharu di Enabling Village bakal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya, termasuk dalam penjagaan tanaman dan sebagai pemandu pelawat. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Sebuah kebun baharu yang sedang dibangunkan di Enabling Village bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya.

Antara pekerjaan yang disediakan termasuk menjaga tanaman, menjadi pemandu pelawat dan mengendalikan program pembelajaran.

IKLAN

Pihak penganjur berharap model tersebut akhirnya dapat diperluaskan ke luar Enabling Village dan dilaksanakan di lokasi lain di seluruh Singapura.

Usaha itu sejajar dengan sasaran di bawah Pelan Induk Pemerkasaan untuk meningkatkan kadar pekerjaan dalam kalangan golongan kurang upaya kepada 40 peratus menjelang 2030.

Kadar tersebut kini berada pada 34.7 peratus.

LEBIH BANYAK PILIHAN PEKERJAAN

Antara mereka yang bakal bertugas di kebun itu ialah Jerry, 28 tahun, yang pernah mengalami dua kejadian bengkak pada saluran darah otaknya.

IKLAN

Beliau kini bekerja dengan syarikat teknologi makanan AMGD dan bakal menjadi salah seorang pemandu pelawat di kebun tersebut.

Antara tugasnya ialah menjaga tanaman dan membimbing pelawat di sekitar kebun.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha menyediakan pilihan pekerjaan yang lebih pelbagai bagi golongan kurang upaya, termasuk mereka yang mungkin kurang sesuai bekerja dalam persekitaran yang sibuk.

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AMGD Global, Rita Zahara, berkata syarikat itu pada awalnya menyasarkan untuk menggajikan dua golongan kurang upaya apabila membuka restorannya sekitar setahun lalu.

Namun, jumlah tersebut meningkat kepada 20 orang dalam tempoh setahun.

IKLAN

AMGD turut bekerjasama dengan MINDS, BizLink dan SG Enable bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya.

Dengan pembangunan kebun baharu itu, syarikat berkenaan merancang menggajikan enam lagi golongan kurang upaya di bawah program penempatan dan latihan.

Menurut pihak penganjur, inisiatif seperti kebun tersebut dapat menambah peluang bagi golongan kurang upaya untuk bekerja dan menyumbang dalam masyarakat.

Namun, kebun itu bukan sekadar bertujuan mewujudkan pekerjaan.

SG Enable menyifatkan inisiatif tersebut sebagai satu penerobosan kerana ia membolehkan golongan kurang upaya memainkan peranan yang lebih menonjol dan berinteraksi secara langsung dengan orang ramai.

IKLAN

Mereka bukan sahaja menjadi penerima sokongan, malah berperanan sebagai pemandu dan penyumbang kepada masyarakat.

BOLEH DIPERLUASKAN KE SELURUH SINGAPURA

Pengarah Kanan Pengambilan Pekerja dan Pembelajaran Sepanjang Hayat SG Enable, Edward Chew, berkata lebih 6,000 orang mengunjungi Enabling Village sepanjang tahun lalu untuk mempelajari tentang keterangkuman.

Menurut beliau, kebun baharu itu akan memperkayakan lagi pengalaman para pengunjung.

Encik Chew berkata inisiatif tersebut juga menyediakan satu model yang boleh diperluaskan ke seluruh Singapura sekiranya terbukti berjaya.

Ini akan mewujudkan lebih banyak wadah untuk mendampingi golongan kurang upaya dan keluarga mereka.

 
Back
Top
Log in Register