combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,141
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,141
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
UTM Rekod 100 Peratus Kadar Bekerja Graduan Sejak 2023
fb Universiti Teknologi Malaysia - UTM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus unggul dalam kebolehpasaran graduan apabila berjaya mengekalkan prestasi cemerlang selama lima tahun berturut-turut, termasuk merekodkan 100 peratus Kadar Bekerja Graduan sejak 2023.
UTM dalam kenyataan memaklumkan konsistensi pencapaian itu mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Anugerah Prestasi Cemerlang Kebolehpasaran Graduan, sekali gus mencerminkan keberkesanan ekosistem pembangunan graduan yang dilaksanakan secara berstruktur, menyeluruh dan berterusan.
Anugerah itu disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada Naib Canselor UTM Prof Ts Dr Mohd Shafry Mohd Rahim pada Persidangan Kebolehpasaran Graduan KPT 2026 dan Peluncuran Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2026-2030 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Mohd Shafry berkata pencapaian itu adalah hasil komitmen berterusan universiti dalam membangunkan graduan yang bukan sahaja memiliki kelayakan akademik, malah mempunyai kompetensi, kemahiran profesional dan kesiapsiagaan bagi memenuhi keperluan dunia pekerjaan yang semakin dinamik.
Beliau berkata pencapaian itu adalah manifestasi usaha kolektif seluruh warga universiti dalam membangunkan ekosistem kebolehpasaran graduan secara menyeluruh.
“Ukuran kejayaan bukan sekadar berapa ramai graduan berjaya memperoleh pekerjaan tetapi sejauh mana mereka benar-benar bersedia, bernilai dan relevan kepada industri serta mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut UTM, usaha memperkukuh kebolehpasaran graduan diperkasa secara lebih tersusun menerusi pengenalan Rising Above COVID Challenges for Graduate Employability, inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada peningkatan pencapaian kebolehpasaran graduan pada 2020.
Inisiatif yang diterajui Mohd Shafry menerusi Institute for Life-Ready Graduates menjadi antara titik penting dalam memperkukuh pendekatan universiti terhadap agenda kebolehpasaran graduan melalui penetapan sasaran, pemantauan, tindakan susulan serta penglibatan pelbagai pihak secara berterusan.
“Kesinambungan usaha itu kemudiannya diperhebat melalui Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) dengan memberi penekanan terhadap pembangunan kerjaya mahasiswa, pengukuhan kemahiran kebolehpasaran, hubungan strategik bersama industri serta pendedahan kepada realiti pasaran pekerjaan bermula 2022.