BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPCC Terima 1,635 Aduan Sejak 2023, 76 Peratus Selesai - Saifuddin Nasution

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

IPCC Terima 1,635 Aduan Sejak 2023, 76 Peratus Selesai - Saifuddin Nasution​

8c0a899412096a951accb78b8f4449c95eeb8da8bdef8

PDRM

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) menerima 1,635 aduan daripada orang ramai sejak mula beroperasi pada 2023 hingga 24 Julai 2026, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap peranannya sebagai badan pemantau tatakelakuan polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata daripada jumlah itu, 844 aduan atau 76 peratus telah diselesaikan, manakala 372 aduan diterima bagi tahun ini setakat 24 Julai lepas.

"Aduan paling tinggi ialah berkaitan pengadu yang tidak menerima sebarang maklum balas mengenai aduan mereka terhadap pihak polis.

"Tapi kena faham, bagaimana IPCC berfungsi, IPCC terima semua aduan tetapi ada pembahagiannya. Kalau ada elemen rasuah, IPCC akan salurkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata baki aduan masih belum selesai termasuk kes membabitkan pengadu yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan atau tidak menerima sebarang maklum balas selepas membuat aduan kepada pihak polis.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 22 kertas siasatan dibuka, termasuk lima pada tahun ini, dengan 11 daripadanya telah selesai manakala baki 11 lagi masih dalam tindakan.

Katanya walaupun jumlah aduan diterima sejak 2023 itu secara relatif tidak begitu tinggi, ia tetap menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap peranan IPCC sebagai saluran untuk mengemukakan aduan berhubung salah laku polis.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan poster aduan IPCC sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memperkukuh integriti dan akauntabiliti anggota polis melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.

Poster berkenaan akan dipamerkan di sudut informasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan IPCC serta saluran aduan yang disediakan.

 
Back
Top
Log in Register