BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di RTM

Ustaz Don sendiri minta hentikan kerjasama program dakwah

Don berkata, pengguna media sosial tidak mengetahui intipati sebenar tentang kemelut yang menimpanya sejak bulan lalu. – SYAKIR RADIN
SHAH ALAM – Terbuka menerima kritikan netizen, pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal tidak berkecil hati dengan tanggapan negatif yang diberikan kepadanya.

Jelas Don atau nama lengkapnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, pengguna media sosial tidak mengetahui intipati sebenar tentang kemelut yang menimpanya sejak bulan lalu.

“Saya baca semua komen mereka di media sosial. Tidak mengapa kerana mereka tidak tahu.

“Dalam Islam juga ada berkata, pena diangkat (kategori) dalam tiga jenis orang iaitu orang tak tahu menjadi tahu, orang yang lupa sampai dia ingat, orang yang tidur sampai terjaga.

“Dalam kata lain, mereka tidak tahu situasi yang terjadi jadi tidak mengapa,” katanya ketika ditemui di Majlis menandatangani kerjasama Hive Deal bersama Agami Group di Shah Alam pada hari ini.

Don turut berharap agar masyarakat boleh membuat pertimbangan sewajarnya dengan menyelidik maklumat sebelum memberi tafsiran tanpa usul periksa.

“Dalam hidup, ada sesetengah perkara yang perlu kita lakukan perbandingan. Saya menyeru semua orang membuat perbandingan dengan akal fikiran waras dan cerdas.

“Ketika anda mencari maklumat tentang saya, carilah juga maklumat tentang pihak lain,” jelasnya.

Mengulas mengenai penglibatannya yang dihentikan dalam beberapa program, Don memberitahu keputusan yang diambil oleh dirinya sendiri demi menjaga kepentingan semua pihak.

“Semua yang bekerjasama dengan saya adalah orang yang berakhlak. Salah satu ciri akhlak yang baik ialah mentaati pemimpin. Jadi, apabila mereka mendapat arahan, mereka hanya ikut.

“Malah sebenarnya, saya sendiri yang menasihati mereka untuk menghentikan kolaborasi. Tidak mengapa, ini semua bukan penamat,” katanya.

Don juga menganggap semua yang terjadi sebagai ujian dan bersyukur kerana masih mendapat sokongan keluarga dan rakan terdekat.

“Alhamdulillah saya anggap ini adalah peluang untuk merancang dan mengatur semula pekerjaan saya. Saya ada sokongan keluarga, rakan-rakan.

“Semua perkara dalam hidup adalah ujian, ini bukan hukuman sepanjang hayat,” tambahnya.

Sementara itu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan diadakan pada esok bagi memutuskan beberapa aduan termasuk isu Don dan beberapa pendakwah bertauliah negeri Selangor.

Pada 21 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua program ceramah dan kuliah membabitkan Don di seluruh Selangor ditangguhkan.

Pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memberikan ceramah dan kuliah agama di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Selangor.

Notis yang dikeluarkan itu juga memberitahu Don tidak boleh meneruskan program atau kuliah sama ada sebuah mendapat persetujuan atau masih dalam perancangan. – KOSMO! ONLINE
 
Ustaz Don tak kecil hati kecaman netizen​

Ustaz Don tidak kecil hati dan anggap netizen yang berikan komen tidak memahami secara terperinci mengenai kemelut melanda dirinya. - NSTP/Genes Gulitah
Ustaz Don tidak kecil hati dan anggap netizen yang berikan komen tidak memahami secara terperinci mengenai kemelut melanda dirinya. - NSTP/Genes Gulitah

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, menyifatkan apa yang menimpanya sebagai ujian dan perlu bersabar atas ketentuan-Nya.

Mengulas kehidupannya selepas terpalit dengan beberapa kontroversi yang menjejaskan reputasi, Ustaz Don berkata, perjalanan hidupnya seperti biasa.

"Alhamdulillah, saya seperti biasa. Apa yang boleh dikatakan, angin tak boleh diubah, tapi yang boleh diubah layar.

"Maksudnya, saya tak boleh ubah situasi sebab semuanya berlaku atas ketentuan Tuhan.

"Apa yang saya boleh ubah adalah cara berdepan dengan situasi. Ini adalah peluang untuk saya merancang dan mengatur semula perjalanan, sistem, rakan strategik, hala tuju dan sebagainya.

"Hidup adalah ujian. Apa yang berlaku ini juga ujian bukannya 'life sentence'.
Alhamdulillah, saya ada keluarga dan percaya doa ibu dan rakan-rakan.

"Jadilah seperti air kerana terus mengalir dan sejuk, tapi pendirian seperti 'diamond', cantik dilihat, teguh pendirian dan keras dari segi jati diri," katanya kepada BH Online.

Mengulas beberapa program dihentikan, Ustaz Don berkata, dia menghormati setiap keputusan.

"Semua yang bekerjasama dengan saya adalah orang berakhlak. Salah satu ciri akhlak baik ialah mentaati pemimpin. Kita juga seorang yang taat.

"Jadi, apabila mendapat arahan, mereka hanya ikut. Sebenarnya saya sendiri menasihati mereka untuk menghentikan kolaborasi. Tidak mengapa, ini semua bukan penamat," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Don berharap agar masyarakat boleh membuat pertimbangan sewajarnya dengan menyelidik maklumat sebelum memberi tafsiran tanpa usul periksa.

"Dalam hidup, ada sesetengah perkara yang perlu dilakukan adalah perbandingan. Saya menyeru semua orang membuat perbandingan dengan akal fikiran waras dan cerdas. Ketika anda mencari maklumat mengenai saya, cari juga maklumat pihak lain.

"Ada banyak kuliah, bukan satu sahaja jadi boleh buat perbandingan," katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Don mengakui, dia tidak berkecil hati dan menganggap orang ramai yang memberikan komen dalam laman sosial tidak memahami secara terperinci mengenai kemelut melandanya.

"Saya baca semua komen dalam internet. Tidak mengapa, mereka tidak tahu. Dalam Islam juga ada berkata, pena diangkat dalam tiga jenis orang iaitu orang tak tahu menjadi tahu, orang yang lupa sampai dia ingat, orang yang tidur sampai terjaga.

"Dalam erti kata lain, netizen tidak tahu situasi berlaku, jadi tidak mengapalah," katanya.

Pada 21 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua program ceramah dan kuliah membabitkan Ustaz Don ditangguhkan di semua agensi, institusi masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor.

Notis dikeluarkan juga memberitahu Ustaz Don tidak boleh meneruskan program ceramah atau kuliah sama ada sudah mendapat persetujuan atau masih dalam perancangan.

Terdahulu, Ustaz Don direhatkan dari program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena musim haji pada 5 Jun lalu berikutan tercetus isu pertikaian berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Don juga tidak lagi bersiaran untuk segmen Don Give Up, salah satu pengisian dalam slot pagi Morning Morning Suria di stesen radio Suria FM.

Selangor tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal

Mohammad Fahmi. Edaran surat MAIS tular di media sosial pada Isnin. Gambar kecil: Don Daniyal
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menarik balik tauliah mengajar diberikan kepada pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Bon Bijayid bermula 24 Julai lalu.

Perkara tersebut disahkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah selepas edaran surat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tular di media sosial pada Isnin.

Menurutnya, sebarang keputusan untuk menilai semula tauliah telah diberikan MAIS bermula daripada aduan awam sebelum siasatan lanjut dibuat Jawatankuasa Siasatan MAIS di bawah agensi itu.

"Setiap pemegang tauliah ini dibekalkan dengan lesen atau kategori tauliah itu sangat khusus contohnya D3 yang hanya membolehkan pemegang itu mengajar al Quran.

"Kalau dia guna tauliah itu pergi ke masjid untuk berceramah, luar daripada topik tersebut dan aduan boleh dibuat. Itu sebagai salah satu contoh sebab-sebab tauliah boleh ditarik balik.

"Jadi ia bermula daripada aduan awam yang dikemukakan seterusnya siasatan dibuat sebelum keputusan dapat diambil MAIS," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini pada Isnin.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung surat edaran MAIS yang bertarikh 6 Ogos lalu kepada masjid dan surau daerah di Selangor.

Berdasarkan surat tersebut, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah MAIS telah memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar terhadap lima pemegang tauliah MAIS termasuk kepada Ustaz Don Daniyal berkuat kuasa 24 Julai lalu.

Mengikut surat edaran terbabit, tauliah mengajar bagi pendakwah selebriti tersebut adalah sepatutnya bagi tempoh 2 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025.

Empat individu lain yang turut menerima nasib sama termasuk Mohd Shahabudin Md Yatim; Mohd Udzair Mohamad Zaid; Muhammad Hairullah Hassim dan Syed Mohd Norhisyham Tuan Padang.

Sehubungan itu, kesemua masjid dan surau tidak benarkan mengundang kelima-lima mereka untuk mengajar.

Mengulas lanjut, Mohammad Fahmi yang tidak memperincikan kesalahan lima pemegang tauliah MAIS itu berkata, rayuan tetap dibuka di bawah jawatankuasa rayuan namun buat sementara ini keputusan itu kekal.
 
Ustaz Shihabudin pun kena walaupun dia Ansyairah yang cuba memandaikan ummah. Tak pernah lagi dia cakap kasar dan video react beliau berkualiti. Mungkin sb Ustaz Shihabudin buat react tak sokong RUU kot sbb ada percubaan nak keluarkan aliran salafi..
 
Back
Top
Log in Register