BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di RTM

Ceramah dan kuliah Ustaz Don di Selangor ditangguhkan, Jais keluar kenyataan esok​

Ahad, 23 Jun 2024 6:30 PM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Nama Ustaz Don sekali lagi mendapat perhatian ramai.


KONTROVERSI melibatkan Ustaz Don Daniyal nampaknya masih belum berakhir apabila tular notis Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengarahkan semua program ceramah dan kuliah membabitkan pendakwah bebas itu di seluruh Selangor ditangguhkan.

Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, tidak dibenarkan memberikan ceramah dan kuliah agama di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Selangor.

"Sebarang program ceramah dan kuliah yang melibatkan Ustaz Don di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Selangor hendaklah ditangguhkan," antara kandungan notis berkenaan.


2764187.jpg


Surat Jais yang sedang tular di media sosial.

Dalam pada itu, notis yang dikeluarkan itu juga memberitahu pendakwah berkenaan tidak boleh meneruskan program atau kuliah sama ada sudah mendapat persetujuan atau masih dalam perancangan.

"Penangguhan tersebut adalah melibatkan semua program yang telah pun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan," ujarnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Don tidak berhasil apabila mesej dan panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Sementara itu, pengarah Jais, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad secara ringkas memberitahu media akan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu tersebut pada Isnin.

Nama Don mula hangat diperkatakan selepas dia berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa berdasarkan hadis palsu.

Susulan kekecohan itu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman merehatkan Don daripada menggendalikan program Salam Baitullah.

2764186.jpg


Ustaz Don mencetus beberapa kontroversi sebelum ini.


Pun begitu, selepas satu minggu Don dibenarkan untuk bersiaran semula dalam program tersebut namun pada 14 Jun pendakwah itu direhatkan terus selepas sehari kembali bersiaran.

Ia susulan kenyataan Don mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Kenyataan tersebut dikatakan tidak merujuk kitab-kitab sahih ahli agama selain menimbulkan percanggahan pendapat.

Sudah jatuh ditimpa tangga pula..harap boleh munasabah diri..
 
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa'ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)

Al-Hasan al-Basri berkata: “Ilmu ada dua; Ilmu di lisan dan ilmu di hati. Ilmu di hati adalah ilmu yang bermanfaat, sedangkan ilmu di lisan adalah hujjah Allah atas anak Adam.”
(Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 13/235)
 

JAIS siasat Don berkaitan doktrin palsu​


WhatsApp-Image-2024-04-29-at-13.13.36-e1714367966859.jpeg
Ustaz Don

SHAH ALAM – Pendakwah selebriti, Ustaz Don kini disiasat berkaitan doktrin palsu susulan isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikannya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ia susulan berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS.

Kata beliau, satu kertas siasatan juga dibuka terhadap penceramah dengan nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid itu di bawah Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Untuk rekod, seksyen itu menyatakan orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Selangor.

“Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor semalam telah memutuskan Ustaz Don perlu mengemukakan kenyataan bertulisnya kepada jawatankuasa tersebut.

“Ini berkaitan beberapa fakta tentang ceramah agama yang dibuat olehnya selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengesahkan, JAIS pada 21 Jun 2024 lalu telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan atau tidak membuat apa-apa tindakan mengundang Ustaz Don untuk mengajar agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di premis masing-masing.

Ujarnya, ketetapan itu dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan penceramah tersebut yang disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah amat berkenan dan menekankan kepada para pemegang tauliah agar umat Islam di negeri ini dapat diberikan kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam.

“Sehubungan itu, JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan-pandangan dan pernyataan tentang hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil yang sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan berkata, pihaknya amat berharap agar semua pihak di Selangor dapat berkerjasama dan akur serta mematuhi arahan dikeluarkan pada 21 Jun lalu.

“Ini sehingga Jawatankuasa Tauliah MAIS membuat keputusan muktamad tentang kedudukan beliau sebagai pemegang tauliah mengajar MAIS,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mengenai notis dikeluarkan (JAIS) bertarikh 21 Jun lalu berhubung penangguhan program ceramah dan kuliah agama Ustaz Don di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Selangor.

Penangguhan membabitkan semua program yang telah mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

Sebelum ini, Ustaz Don berusia 40 tahun ditamatkan khidmatnya oleh RTM sebagai pengacara program Salam Baitullah.

Pendakwah selebriti itu turut memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan di sebuah stesen radio berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha. – KOSMO! ONLINE


 

JAIS siasat Don berkaitan doktrin palsu​

kasar betul bunyinya...:D
tapi itu la konsekuensi bila disiplin ilmu tak dijaga
siap kene siasat Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Jenayah Ilmu..
 
JAIS keluar arahan agensi, masjid, surau musolla tangguh, tidak undang Ustaz Don Daniyal

Wartawan MalaysiaGazette25 June 2024
MGF23052019_IFTAR-USTAZ-DON-KINRARA53-681x452
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla di negeri itu bagi menangguhkan atau tidak mengundang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk mengajar agama Islam atau perkara tentang agama Islam di premis masing-masing.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan ini dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor amat berkenan dan menekankan kepada para pemegang tauliah agar umat Islam di Negeri Selangor dapat diberikan kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam.

“Sehubungan itu, JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di Negeri Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan-pandangan dan pernyataan tentang hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil yang sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama islam Selangor (MAIS) memutuskan Ustaz Don Daniyal perlu mengemukakan kenyataan bertulisnya kepada jawatankuasa terhadap beberapa fakta tentang ceramah agama yang dibuat olehnya selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau.

Berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, satu kertas siasatan juga dibuka terhadap Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid di bawah Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurut Mohd Shahzihan, JAIS berharap semua pihak di Selangor dapat berkerjasama dan akur serta dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan 21 Jun lalu itu sehingga Jawatankuasa Tauliah MAIS membuat keputusan muktamad tentang kedudukan beliau sebagai pemegang tauliah mengajar majlis tersebut. – MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register