BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di RTM

Dia ada kedai makan, masih jadi pensyarah. Maknanya pendapatan tak hilang. Kurang jer.

Susah orang kaya tak sama dengan susah orang susah
cam sembang2 bos bawak family bercuti...

tahun lepas family cuti kat italy , tahun ni company tak untung pergi australia saja :ROFLMAO:
 
Assalam. Wbt.

Dalam agama ni,
jangan main sebut je.

Study dulu Hadith2 sahih/hasan.

Lain lah memang nak tempah
tempat di neraka tu,
tak bole nak kata apa la.

Allahul musta'an.

Sepatutnya, semua agamawan perlu dipantau.

Bukan Ustaz Don je.

Kalo tak,
tak kan lah kita dengar istilah,
selak tirai, tanya Nabi.

Jahanam agama.

Allahul musta'an.
 
🤔

https://www.facebook.com/share/p/VjJhbV3LpaJDfZgw/?mibextid=xfxF2i

Screenshot_20240626_134113.jpg
 
Ustaz Don ada 14 hari jawab JAIS


PIHAK JAIS memberi tempoh selama 14 hari untuk Ustaz Don Daniyal memberikan kenyataan bertulis. - GAMBAR HIASAN
SHAH ALAM – Pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid diberikan tempoh selama 14 hari untuk memberikan kenyataan bertulis berhubung fakta ceramah agama yang dibuatnya sebelum ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, kenyataan tersebut adalah selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Menurut Mohd. Shahzihan, langkah tersebut dilakukan agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap penceramah tersebut.

“Ustaz Don ada masa (tempoh) 14 hari untuk jawab (berkaitan fakta ceramah agamanya),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada satu pertemuan akan dibuat JAIS dengan Ustaz Don Daniyal, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menentukannya.


MOHD. SHAHZIHAN
Kosmo! semalam melaporkan, Ustaz Don Daniyal disiasat mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu.

Ini berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS.

Untuk rekod, seksyen itu menyatakan orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di Selangor.

Terdahulu, tular di WhatsApp mengenai notis dikeluarkan (JAIS) bertarikh 21 Jun lalu berhubung penangguhan program ceramah dan kuliah agama Ustaz Don Daniyal di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Selangor.

Penangguhan membabitkan semua program yang telahpun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

Sebelum ini, Ustaz Don, 40, ditamatkan khidmatnya oleh RTM sebagai pengacara program Salam Baitullah.

Pendakwah selebriti itu turut memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan di sebuah stesen radio berhubung ibadah berpuasa pada hari tasyrik. – KOSMO! ONLINE
 

Ustaz Don tidak lagi bersiaran, Suria FM hormat arahan pihak berkuasa​

Khamis, 04 Julai 2024 6:08 PM
Oleh: FAROL HADI



553.jpg

Don tidak akan bersiaran buat sementara waktu.



PENCERAMAH bebas Ustaz Don Daniyal buat masa ini tidak akan bersiaran untuk segmen Don Give Up yang merupakan salah satu pengisian dalam slot pagi Morning Morning Suria di stesen radio Suria FM.

Mengesahkan mengenai perkara itu, wakil pengurusan Suria FM memberitahu pihak mereka menghormati arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.



"Ustaz Don tidak bersiaran seperti biasa. Kami sentiasa menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa," jelas wakil berkenaan.






2783938.jpg


Don sebagai penyampai jemputan Suria FM pada setiap Jumaat.

Ini susulan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang meminta untuk menangguhkan semua ceramah dan kuliah melibatkan Don di seluruh negeri berkenaan.

Dalam masa sama, stesen berkenaan juga masih menunggu ketetapan pihak Jais berhubung penglibatan Ustaz Don dalam mana-mana program di masa akan datang.

"Ustaz Don tidak akan bersiaran sehingga keputusan rasmi pihak Jais dikeluarkan. Kami akan maklumkan perkembangan perkara ini," ujarnya.

Don merupakan penyampai jemputan untuk segmen Don Give Up yang bersiaran setiap hari Jumaat bersama Suraya, Ajak dan Datuk Fizz Fairuz.

Menerusi segmen berkenaan, Don akan menjawab persoalan pendengar yang disampaikan menerusi panggilan telefon atau mesej di Whatsapp.

Pada 21 Jun lalu, Jais mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal.

Ketetapan tersebut dibuat berikutan beberapa isu membabitkan ceramah agama yang disampaikan Don disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa perkara dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

 
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don

Bernama
Julai 17, 2024 14:03 MYT

MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
Jawatankuasa Tauliah MAIS sedang meneliti kenyataan bertulis daripada penceramah bebas Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali Ustaz Don berhubung fakta ceramah agama yang disampaikannya sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA

SHAH ALAM: Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang meneliti kenyataan bertulis daripada penceramah bebas Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali Ustaz Don berhubung fakta ceramah agama yang disampaikannya sebelum ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.

"Kita belum berjumpa Ustaz Don secara fizikal tetapi keterangan bertulis sudah diterima dan kini Jawatankuasa Tauliah MAIS sedang meneliti. Insya-Allah kita akan buat keputusan seadil-adilnya," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Kad Hibah dan Bulan Hibah Selangor 2024 di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata MAIS juga akan mengadakan mesyuarat khas pada 24 Julai ini bagi membincangkan isu pentauliahan termasuk membabitkan Don Daniyal.

Beliau berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan MAIS supaya membuat penilaian dengan teliti, berhati-hati dan menyeluruh berkaitan isu pentauliahan.

"Kita tidak mahu mereka mengajar cara tidak betul atau tidak sebagaimana seperti temu duga. Jika melanggar peraturan, kita akan tamatkan (tauliah) mereka atau gantung dahulu seperti dalam kes Ustaz Don," katanya.

Pada 25 Jun lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musala bagi menangguhkan atau tidak membuat apa-apa tindakan mengundang Don Daniyal untuk mengajar apa-apa perkara tentang agama Islam di premis masing-masing.

Arahan itu dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan oleh Don Daniyal disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

-- BERNAMA

#MAIS #kenyataan bertulis #Ustaz Don #ceramah agama
 
Back
Top
Log in Register