BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Azhar Idrus Lulus Tauliah Mengajar & Ceramah

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
27.09.2023 - Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) antara 14 selebriti yang lulus temuduga tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu untuk tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2028. Temuduga tauliah mengajar bagi menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab itu dibuat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) diketuai Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun. Sebelum ini, JHEAT mengesahkan Ustaz Azhar antara yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah dan berkuliah di masjid dan surau di negeri ini.

Difahamkan, beliau sudah tiga kali dipanggil oleh pihak berkuasa itu untuk menjalani proses temu duga pemegang tauliah. Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, mengesahkan hanya 30 individu dalam senarai boleh diberikan kebenaran khas untuk menyampaikan ceramah dan kuliah agama di masjid serta surau di negeri ini. Sebelum ini, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, dilaporkan berkata semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Dewan Negara dilarang menggunakan masjid serta surau di Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Katanya lagi, larangan itu bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga pernah menzahirkan rasa dukacita dengan pembabitan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran Maidam.
1695818119867.png
 
Sponsored Post

“Moga Tiada Isu Lepas Ni” - UAI Lulus Tauliah Ceramah Oleh MAIDAM

Tauliah yang diterima oleh UAI sah sepanjang tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028 bagi menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam. Kuliah agama adalah satu aktiviti dakwah yang sangat bermanfaat buat kalangan masyarakat setempat. Aktiviti agama seperti ini bukan sahaja mampu meningkatkan ilmu anda malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam apabila mereka berjumpa di surau dan masjid. Kepada para Muslim, luangkanlah masa anda sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk ke tempat beribadah terdekat bagi menyertai program dakwah seperti ini. Banyak pahalanya.
1696043695573.png

UAI Terima Tauliah Ceramah & Mengajar Daripada MAIDAM

Sebelum ini, pernah tular di media sosial tentang isu penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang didakwa tidak mempunyai tauliah untuk berkongsi ilmu kuliah dan ceramah di Terengganu. Isu ini telah menimbulkan kerisauan orang ramai tentang kredibilitinya untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat. Untuk info, kenyataan bahawa UAI tidak mempunyai tauliah telah disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada bulan Mac lepas. Beliau bagaimanapun disahkan telah menerima tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Untuk makluman, tauliah yang diterima olehnya sah sepanjang tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028 bagi menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab.
BeFunky-collage-2023-09-29T160720.756.jpg

Ceramah Atau Kuliah Oleh Mana-mana Pihak Memerlukan Kelulusan Tauliah

Menurut Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu M. Rozi Bidin, UAI bersama beberapa individu lain telah datang ke JHEAT untuk memohon tauliah berkenaan secara sukarela. Selepas permohonan dilakukan, proses seterusnya diteruskan dengan membentangkan hasil temuduga itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam Maidam sebelum kelulusan tauliah dikeluarkan. Ketika pilihan raya sebelum ini, Yang Dipertua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail memaklumkan bahawa individu yang mempunyai tauliah sahaja diberi kelulusan untuk menyampaikan ceramah atau kuliah di surau mahupun masjid sekitar Terengganu. Tambah beliau, larangan ini juga tertakhluk kepada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara yang sering menggunakan tempat ibadah atas unsur parti politik.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register