BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usaha Dekati Golongan Muda Diperkukuh Selaras Titah Sultan Nazrin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Usaha Dekati Golongan Muda Diperkukuh Selaras Titah Sultan Nazrin​

95775f21629ae4dba2a2b322d76266916a3390bff069c

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan (tengah) bergambar bersama Tokoh Maal Hijrah Prof Datuk Dr Osman Bakar (kanan) dan Dr Ahmad Al-Raysuni (kiri) pada Majlis Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa tahun 1448/2026 hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan usaha mendekati golongan muda selaras titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mahu pemimpin agama memainkan peranan aktif dalam menangani ancaman ekstremisme dan maklumat palsu dalam era digital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya menjunjung titah itu dan akan menjadikannya sebagai panduan dalam pelaksanaan program serta inisiatif berkaitan.

“Pada peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kami akan mengangkat dan menyahut pesanan dan seruan Sultan Perak dengan sebaiknya. Insya-Allah, kita akan mengarusperdanakan pesanan dan juga peringatan yang disampaikan,” katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Syarahan Perdana Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa 1448/2026 di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Sultan Nazrin bertitah pemimpin agama perlu memainkan peranan lebih aktif mendekati golongan muda bagi menangani ancaman ekstremisme, maklumat palsu dan polarisasi yang semakin berleluasa dalam era digital.

Baginda bertitah golongan belia kini berhadapan pelbagai cabaran termasuk kebimbangan perubahan iklim, konflik, ketidaktentuan ekonomi, polarisasi digital serta kemerosotan kepercayaan terhadap institusi masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register