BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usah lagi bangkit isu RM2.6 bilion

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUALA KRAU - Ahli Umno tidak perlu lagi menjadi jaguh dengan membangkitkan isu dana RM2.6 bilion yang jelas terbukti bukan untuk kegunaan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Kualau Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, isu berkenaan tidak wajar dibangkitkan mana-mana pihak memandangkan ia jelas bukan berunsur rasuah dan tidak menyalahi undang-undang negara.

"Dana RM2.6 bilion ini sudah jelas diberikan bukan untuk tujuan peribadi Perdana Menteri tetapi tujuannya ialah untuk membangunkan negara Malaysia demi memastikan kesejahteraan rakyat.

"Jadi saya percaya apabila sudah diberi penjelasan apatah lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri menyatakan bahawa tidak ada salahnya dari segi undang-undang maka isu ini tidak perlu lagi ditimbulkan oleh mana-mana pihak,"
katanya selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri Pusat Daerah Mengundi Kuala Krau, di sini semalam.

Turut hadir, Naib Ketua Umno Kuala Krau, Datuk Wan Salman Wan Ismail, Adun Jenderak, Datuk Mohamad Jaafar dan Ketua Wanita Umno Kuala Krau, Senator Norehan Abu Bakar.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan menerusi media bahawa dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau bukan untuk kepentingan diri, tetapi bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.

Beliau berkata, usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai Presiden Umno dan tidak pernah dipertikai olah mana-mana pihak sebelum ini.

Malah menurut Perdana Menteri, penerimaan dana politik merupakan amalan parti sejak dahulu dan beliau hanya meneruskan perkara itu.

Sementara itu, Ismail berkata, dalam menuju wawasan 2020 semua pihak harus memberi tumpuan kepada isu yang lebih besar bagi memajukan rakyat dan negara berbanding membangkitkan perkara yang tidak memberi faedah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, dalam apa-apa isu berbangkit semua pihak harus bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi melakukan siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ismail berharap semua ahli Umno tidak akan terpengaruh dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap Presiden Umno pada masa ini.
 
Actually aku tak kesah pun 2.6 billion ka.. 100trillion ka masuk akaun pm..

Yg aku kesah.. apa balasan hasil derma tu..

Sessorg takkan derma sebanyak itu jika hasil balasan yg dipinta bukan sesuatu yg amat besar.

Sepatutnya.. itu yg menjadi persoalan besar. Apa yg najib nak bg balik kepada penderma parti hasil derma 2.6b tu..


Itu yg aku risau..
 
Boleh ke selepas ni..mana2 individu yg dituduh di mahkamah menerima duit derma ke dlm akaun peribadi menjadikan kes ini sebagai rujukan untuk tidak disabitkan kesalahan?.. Ahli cg yg jadi peguam plz respon.. nak tahu jugak.
 
nk halalkan yg haram...cmni jadinya
 
kenapa dia tak amik duit 2.6b ni bayar hutang negara? or agung perintahkan...jibby..hang bayar hutang negara...baru dia ada akai


negara berhutang sakan...dia kaya raya...ermmmm
 
Ahli Umno tidak perlu lagi menjadi jaguh dengan membangkitkan isu dana RM2.6 bilion

Jadi rakyat yang bukan ahli dan pembangkan boleh kan? :D
 
Boleh ke selepas ni..mana2 individu yg dituduh di mahkamah menerima duit derma ke dlm akaun peribadi menjadikan kes ini sebagai rujukan untuk tidak disabitkan kesalahan?.. Ahli cg yg jadi peguam plz respon.. nak tahu jugak.

rasanya kes 2.6 b ini kene masuk mahkamah dulu dan diputuskan boleh....baru akan jadi rujukan kepada mahkamah-mahkamah pada masa hadapan....aku bukan lawyer...
 
Back
Top
Log in Register