BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan Enam Maut: Polis Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

Kemalangan Enam Maut: Polis Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi​

2d00793983df8dc78997f4ac288742e96a2584fb65b67

Datuk Adzli Abu Shah

Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden yang mengorbankan enam sekeluarga dalam nahas di Pinang Tunggal, dekat Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah meminta orang ramai memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan penuh bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 3.50 petang tadi, yang melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan lori muatan tanah.

"SUV yang dinaiki tujuh sekeluarga yang melibatkan seorang anggota polis itu sedang menghala ke Sungai Petani untuk ke Merbok bagi menziarahi kubur ahli keluarga lain, manakala lori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan yang berusia 49 tahun pula sedang menghala ke Tikam Batu.

"Kemalangan itu menyebabkan enam sekeluarga itu meninggal dunia, manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian muka," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini malam ini.

Beliau berkata kemalangan yang tular di media sosial itu telah menyebabkan banyak spekulasi yang tidak bertanggungjawab termasuk ada orang awam yang menghantar pesanan Whatsapp secara peribadi kepadanya dan memaklumkan maklumat yang tidak benar.

"Ada orang cakap dekat saya pemandu lori itu mabuk serta menyatakan bangsa pemandu itu ... di sini saya ingin maklumkan bahawa mangsa berbangsa Melayu dan pemandu lori itu juga berbangsa Melayu jadi tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab.

"Siasatan awal juga mendapati lori itu dipandu hanya 60 kilometer sejam (km/j), tapi ada juga pihak yang kata kenderaan itu (X50) mungkin bermasalah kerana baharu sahaja dikeluarkan, kereta baharu lagi jadi kita akan siasat semua aspek termasuk akan menghantar SUV itu ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Adzli berkata saringan air kencing terhadap pemandu lori itu adalah negatif, bagaimanapun dia mempunyai tujuh rekod saman.

"Walaupun dia memandu dengan had kelajuan 60 km/j, mempunyai lesen memandu yang sah tetapi pemandu itu ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan kes. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 
Back
Top
Log in Register