BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Minta Orang Ramai Bantu Kesan Pendatang Lari Dari Depot Imigresen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Minta Orang Ramai Bantu Kesan Pendatang Lari Dari Depot Imigresen​

672e03570415d192fcca432065174f126a85425fb1c1b

c17ad27ca323287949ea555f809a0e8b6a8c4926e06e4

fa46c02b00393237da9b20d8cdd2104a6a8c49375b2d8

75ad6e0c6b6aa2f3a797d20f1d269a506a8c49f8d2d45

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya terserempak atau mengetahui lokasi persembunyian sembilan pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata orang ramai boleh membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pergerakan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata polis percaya kesemua mereka masih berada di sekitar Tanah Merah dan Ops Tutup telah dilaksanakan di beberapa lokasi di daerah itu serta kawasan berdekatan bagi menyekat pergerakan mereka.

“Sehingga tengah hari tadi, seorang disahkan berjaya ditahan semula. Baki sembilan lagi sedang giat dikesan dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terserempak atau mengetahui lokasi warga asing itu bersembunyi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Yusoff berkata pemantauan dan pemeriksaan turut dijalankan di lokasi yang dikenal pasti berpotensi menjadi tempat persembunyian sehingga kesemua migran berkenaan berjaya ditahan.

Semalam, 10 pendatang yang terdiri daripada tujuh warga Thailand serta masing-masing seorang warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya dilaporkan melarikan diri dari depot berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi DCC Tanah Merah di talian 09-955 6222 (Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah), 09-955 6223 (Balai Polis Tanah Merah) atau WhatsApp 011-2955 5518.

 
Back
Top
Log in Register