BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki Hilang Di Tangkak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d40c41a7e240a6ebdd9cb563d4e0ba9a699d51d9a34d9

Kredit: IPD Tangkak

Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang sejak 18 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Mohd Syazwan Othman berkenaan kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Taman Melati di sini.

Beliau berkata ciri-ciri lelaki itu adalah berketinggian 168 sentimeter (cm) dengan berat 77 kilogram (kg), selain bentuk badannya bongkok, bermata kecil, berkulit kuning langsat, rambut berwarna hitam dan menghidap skizofrenia.

“Kali terakhir dilihat, lelaki itu memakai seluar gelap dan berbaju biru muda. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan boleh menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Polis Tangkak SM Mohd Ikram Mohd Yusof di talian 012-325 8894.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 
Back
Top
Log in Register