BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Sabah Nafi Dakwaan Tular Ramai Tahanan Filipina Maut Di Depot

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Imigresen Sabah Nafi Dakwaan Tular Ramai Tahanan Filipina Maut Di Depot​

cea9a18c8b0f1fdb83bb2b58a8e274db676552790ebfc

Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menafikan dakwaan tular kononnya ramai tahanan warga Filipina meninggal dunia akibat keadaan sesak di depot tahanan imigresen negeri ini.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan.

Beliau berkata gambar tular di media sosial itu juga bukan merupakan gambar mana-mana Depot Tahanan Imigresen di bawah seliaan JIM Sabah.

“Semua tahanan warganegara Filipina yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Negeri Sabah berada dalam keadaan baik sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh tahanan, semua penghuni depot diberikan layanan dan perlindungan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi yang berkuat kuasa.

Sitti Saleha berkata tahanan turut diberikan kemudahan asas termasuk makanan mengikut jadual ditetapkan serta mematuhi menu dan ketetapan nutrisi diluluskan Kementerian Kesihatan bagi memenuhi keperluan orang dewasa dan kanak-kanak.

Selain itu, katanya, tahanan turut diberikan akses kepada rawatan perubatan apabila diperlukan serta keperluan asas lain.

Beliau berkata proses penghantaran pulang tahanan warga Filipina melalui operasi kapal dari Sandakan ke Zamboanga yang sebelum ini menjadi laluan utama repatriasi telah digantung pihak berkuasa Filipina sejak Februari lepas sekali gus menjejaskan kelancaran proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal.

“Bagi memastikan proses repatriasi terus dilaksanakan, JIM Sabah menggunakan laluan alternatif iaitu melalui penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manila serta laluan laut dari Lahad Datu ke Bongao.

 
Back
Top
Log in Register