BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesihatan Mental Bukan Lagi Isu Sampingan Di Tempat Kerja - JKKP

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kesihatan Mental Bukan Lagi Isu Sampingan Di Tempat Kerja - JKKP​

ee0ef2a9dbbfb5fdbaa657fa59e1a32b6a056972927e0

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ahmad Jailani Mansor menyampaikan ucaptama perasmian sempena MEF OSH Conference 2026 anjuran Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bertemakan "Breaking the Silence: Mental Health Matters at Work" hari ini.

Majikan perlu mengubah pendekatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dengan turut mengutamakan kesejahteraan mental dan psikologi pekerja, bukan hanya perlindungan fizikal.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ahmad Jailani Mansor berkata kesejahteraan mental pekerja kini tidak lagi boleh dianggap isu sampingan, sebaliknya perlu diangkat sebagai teras KKP yang lebih holistik.

“Kita menyaksikan satu anjakan paradigma yang penting iaitu peralihan tumpuan daripada perlindungan fizikal semata-mata seperti topi dan kasut keselamatan kepada perlindungan yang menyeluruh, merangkumi kesejahteraan mental dan psikologi pekerja.

“Kesihatan mental merupakan ‘bahaya halimunan’ atau bahaya senyap di tempat kerja. Kita mudah mengesan mesin rosak atau kemalangan yang berlaku, tetapi kita tidak nampak jiwa tertekan atau minda terbeban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan MEF KKP 2026 anjuran Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bertemakan Breaking the Silence: Mental Health Matters at Work di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.

Ahmad Jailani berkata JKKP turut membangunkan garis panduan Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja (PRisMA) 2024 sebagai penanda aras kebangsaan serta pendekatan sistematik bagi membantu majikan mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko psikososial dengan lebih berkesan di tempat kerja.

Beliau berkata pelaksanaan PRisMA secara berkesan memerlukan Personel Terlatih Psikososial (PTP) bagi melaksanakan pentaksiran risiko serta mencadangkan intervensi yang bersesuaian.

“Fokus utama PRisMA adalah pencegahan, iaitu dengan membaiki persekitaran kerja seperti mengurus beban kerja, memastikan kejelasan peranan dan menangani kelesuan sebelum pekerja terkesan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register