BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EMR Akan Perkukuh Perkhidmatan Kesihatan Mental Di Hospital Daerah - Pakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

EMR Akan Perkukuh Perkhidmatan Kesihatan Mental Di Hospital Daerah - Pakar​

76788e861a9fe56eb13208d62df30f266a97de0130902


Peningkatan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) mampu memberi akses yang lebih pantas kepada hospital daerah dan bersaiz kecil terhadap penilaian psikologi serta sejarah rawatan, terutamanya apabila pesakit dirujuk ke luar daerah asal.

Penolong Profesor dan Pakar Psikologi klinikal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Nadzirah Ahmad Basri berkata EMR, membolehkan pengamal perubatan mendapatkan rekod tersebut dengan lebih cekap, tanpa perlu mencari fail fizikal atau bergantung pada laporan bertulis tangan.

Beliau berkata akses yang lebih mudah kepada sejarah rawatan pesakit dapat menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan mental, di pelbagai fasiliti kesihatan yang berbeza.

Bagaimanapun, Nadzirah berkata pendigitalan seharusnya melengkapi dan bukannya mengurangkan kualiti hubungan terapeutik antara pengamal kesihatan mental dengan pesakit.

“Jika kita terlalu bergantung pada skrin dan menaip daripada melakukan kontak mata serta memerhati perubahan pada riak muka, pergerakan badan dan reaksi bukan lisan, maka ia tidak begitu baik,” katanya kepada Bernama ketika mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, berhubung peruntukan RM1 bilion bagi memperkukuh kecekapan digital kesihatan awam.

Peruntukan itu merangkumi pelaksanaan EMR dan sambungan Internet di 150 hospital kerajaan serta lebih 2,000 klinik kesihatan awam.

Dr Nadzirah berkata beliau secara amnya, mengelak daripada menaip semasa sesi psikoterapi bagi membolehkannya memberikan sepenuh perhatian kepada pesakit.

Dokumentasi elektronik yang diperlukan sebaliknya akan dilengkapkan selepas sesi berkenaan selesai.

 
Back
Top
Log in Register