BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Avisena Specialist Hospital 2 Buka Lembaran Baharu Penjagaan Kesihatan Pakar Bersepadu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Avisena Specialist Hospital 2 Buka Lembaran Baharu Penjagaan Kesihatan Pakar Bersepadu​

b3e22ab0d0c0cdd0482f306b028f1b1b6a7324688ba5f

611d322e7a15f8c0f874c0b13f18b3a86a7324a54a2ff

Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Avisena Healthcare, Elina Nadia Omar; Pengarah Perubatan ASH2, Dr Fadzillah Hj Ghazalli; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ASH2, Puan Fauziana Ahmad Jawawi; dan wakil Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Pergigian, Dr Norleen Mohd Salleh.

Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital (AWCSH) secara rasmi dijenamakan semula sebagai Avisena Specialist Hospital 2 (ASH2), sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam strategi Avisena Healthcare untuk meletakkan Shah Alam sebagai hab utama perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar bersepadu.

Avisena Healthcare dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemudahan itu, yang mula beroperasi pada Mei 2019 telah berkembang daripada sebuah hospital yang dikhususkan untuk wanita dan kanak-kanak kepada sebuah hospital multidisiplin yang menawarkan rangkaian perkhidmatan lebih meluas kepada pesakit daripada semua peringkat umur.

“Sebagai sebahagian daripada transformasi itu, ASH2 telah memperkenalkan lapan perkhidmatan kepakaran baharu, iaitu telinga, hidung dan tekak (ENT), ortopedik, perubatan dalaman, pembedahan am, pembedahan plastik, urologi, oftalmologi dan dermatologi.

“Hospital itu juga akan diperkukuh dengan penambahan 12 pakar baharu, sekali gus meningkatkan keupayaannya untuk menyediakan penjagaan bersepadu dan komprehensif,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena Healthcare Elina Nadia Omar berkata penjenamaan semula itu adalah langkah penting dalam memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan kumpulan itu serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan pakar.

“Sebagai sebuah hospital multidisiplin, kami telah memperluas keupayaan kami untuk menawarkan rangkaian rawatan yang lebih menyeluruh, sambil terus mengekalkan fokus kepada wanita dan kanak-kanak. Ini membolehkan kami memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pesakit daripada pelbagai peringkat umur tanpa menjejaskan teras utama kami,” katanya dalam kenyataan itu.

Selaras dengan pelan pembangunan berterusan, Elina berkata ASH2 akan memperkenalkan perkhidmatan onkologi khusus pada tahun ini, termasuk penubuhan Women's Cancer Centre bagi menyediakan penjagaan holistik yang berpusatkan pesakit.

Beliau berkata pusat baharu itu akan memperkukuh ekosistem kesihatan wanita pelbagai multidisiplin Avisena Healthcare menerusi penyediaan akses yang lancar kepada saringan, diagnosis, rawatan dan penjagaan sokongan kanser.

“Melalui kerjasama rapat antara pakar, pasukan kejururawatan dan profesional kesihatan bersekutu, kami berhasrat untuk menyediakan penjagaan kanser yang terselaras dan berpusatkan pesakit yang menyokong wanita pada setiap peringkat perjalanan rawatan mereka,” tambah Elina.

 
Back
Top
Log in Register