BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Urusan Pengebumian Jenazah Islam Di Wilayah Persekutuan Tidak Diswastakan - JAWI

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Urusan Pengebumian Jenazah Islam Di Wilayah Persekutuan Tidak Diswastakan - JAWI​

a0c75879914b66a064c73ec22c835a39694cb720d2389


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menegaskan urusan pengebumian jenazah umat Islam di Wilayah Persekutuan tidak akan diswastakan menerusi Projek Pembangunan Tanah Perkuburan Awam Wilayah Persekutuan di Lot PT3458, Mukim Hulu Semenyih, Hulu Langat, Selangor.

Pengarah JAWI Hanifuddin Roslan berkata hartanah yang terlibat dalam projek itu masih kekal di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Awam seluas 90.12 hektar (222.68 ekar).

Beliau berkata pembangunan tapak perkuburan itu dijangka siap pada 2029 sebelum diserahkan kepada JAWI untuk diuruskan sepenuhnya.

"Apabila tanah perkuburan ini beroperasi kelak, JAWI bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengendalikan proses pengurusan jenazah termasuk jenazah tidak berwaris, pengebumian dan penyelenggaraan tanah perkuburan seperti mana lapan TPIRS (Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah) sedia ada di Wilayah Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanifuddin berkata projek itu merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pengebumian jenazah umat Islam di Wilayah Persekutuan yang semakin terhad.

Menurutnya, projek berkenaan dilaksanakan menerusi kaedah pertukaran tanah antara Route Edge Sdn Bhd dengan Kerajaan MADANI.

Melalui kaedah itu, syarikat terbabit akan membangunkan jalan pintas keluar masuk dari Sungai Lalang ke Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) sepanjang 4.34 kilometer, selain menyediakan satu tapak perkuburan awam Wilayah Persekutuan di lot yang ditetapkan.

Beliau berkata pembangunan tapak perkuburan yang  konsepkan TPIRS itu, menyediakan sehingga 104,000 lot kubur yang diunjurkan mampu menampung keperluan pengebumian hingga 28 tahun.

Selain itu, katanya syarikat berkenaan turut membina pelbagai  kemudahan di tapak tersebut, termasuk pejabat pentadbiran, surau, ruang pengurusan jenazah, kuarters, pondok pengawal dan kemudahan infrastruktur berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register