BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAIS Nafi Pihak Masjid Sebabkan Urusan Pengebumian Jenazah Di Hulu Kelang Lewat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JAIS Nafi Pihak Masjid Sebabkan Urusan Pengebumian Jenazah Di Hulu Kelang Lewat​

a193f37503e5cf4b7e6d3e597a7a1d896a3fa89399939

Datuk Mohd Shahzihan Ahmad

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan kelewatan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Ukay Perdana, Hulu Kelang yang tular Khamis lepas disebabkan pihak Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata sebaliknya perkara itu berlaku disebabkan kekeliruan pihak waris dalam penyerahan urusan pengebumian yang turut melibatkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS).

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi membolehkan jenazah diuruskan.

“Hasil siasatan dan semakan pihak JAIS mendapati jenazah tersebut merupakan ahli kariah Masjid Nurul Hidayah dan telah meninggal dunia pada 25 Jun, pukul 6.22 pagi.

“Di peringkat awal, waris telah berurusan dengan BKS yang tidak mempunyai kaitan dengan pihak masjid bagi tujuan pengebumian jenazah dan waris berhasrat untuk mengebumikan jenazah di tanah perkuburan di lokasi Tanah Perkuburan Islam, Ukay Perdana yang terletak di bawah seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shahzihan berkata bapa si mati kemudian berjumpa dengan Pembantu Pengurus Masjid Nurul Hidayah pada 10.30 pagi untuk mendapatkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam yang diperlukan bagi membolehkan jenazah dikebumikan di lokasi berkenaan selain bersetuju pihak masjid mengambil alih daripada BKS untuk meneruskan urusan pengebumian.

Susulan itu, beliau berkata pihak masjid telah mengeluarkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam tersebut pada 11.15 pagi setelah menerima Daftar Kematian yang asal namun kemudian dimaklumkan bahawa datuk si mati berkeras untuk jenazah diuruskan oleh BKS.

“Mengambil kira kemungkinan berlaku kekecohan di tempat pengurusan jenazah, pihak masjid telah meminta bantuan pihak polis untuk bersama pihak masjid ke tempat pengurusan jenazah.

“Semasa pihak masjid tiba di tempat pengurusan jenazah di Surau An-Nur, Taman Cempaka, pihak masjid dimaklumkan bahawa jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan Islam oleh pihak BKS dalam keadaan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam dan Daftar Kematian si mati masih berada dalam pegangan pihak masjid,” katanya.

 
In the first place kenapa upah NGO tu utk urusakan, kalau dia anak qariah situ
 
Back
Top
Log in Register