BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Pengebumian Jenazah: MAIS Adakan Pertemuan Segera Pihak Terlibat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Isu Pengebumian Jenazah: MAIS Adakan Pertemuan Segera Pihak Terlibat​

277b3a1ffca15f298ee42914bb0975b2686bcd1d8e1fd

Datuk Salehuddin Saidin

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan pertemuan segera antara waris; pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam; Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan isu dakwaan kelewatan pengebumian jenazah, baru-baru ini.

Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin berkata langkah itu bagi mencapai penyelesaian terbaik untuk semua pihak yang terlibat selain memastikan insiden sama tidak berulang pada masa hadapan.

“MAIS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga waris yang terlibat dalam isu dakwaan kelewatan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang dan menzahirkan  rasa dukacita atas insiden yang berlaku kepada waris di saat mereka kehilangan insan tersayang.

“MAIS memberi jaminan bahawa semua dapatan hasil siasatan pihak polis, sama ada daripada aspek jenayah, kecuaian atau salah faham komunikasi antara pihak yang terlibat akan diambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salehuddin berkata MAIS mengambil maklum kenyataan media dikeluarkan Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad pada Sabtu lepas berhubung hasil siasatan awal berdasarkan maklumat daripada pihak pengurusan masjid mengenai insiden itu.

Beliau berkata MAIS juga dimaklumkan bahawa pihak pengurusan masjid, waris yang terlibat dan BKS telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan semua pihak agar memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara telus dan adil.

Pada masa sama, Salehuddin berkata MAIS akan menilai pengurusan jenazah orang Islam yang sedang dilaksanakan oleh pihak pengurusan masjid dan mengenal pasti jika terdapat ruang penambahbaikan yang boleh diambil.

“Hal ini untuk memastikan pengurusan jenazah orang Islam dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, teratur dan cekap serta memenuhi tuntutan syarak,” katanya.

 
Buat tanah kubur mcm budi diesel lah
Swap IC siapa gaji 100k per year kena bayar kubur tanpa subsidi
Siapa gaji less 100k per year dapat 400 sebulan
 
Back
Top
Log in Register