BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPNM Bersedia Lahir Lebih Ramai Graduan Kepakaran Siber

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

UPNM Bersedia Lahir Lebih Ramai Graduan Kepakaran Siber​

ce1a9549450b5e74b561cbe5706b4d426aa9185926700

a137caae5a3d1eab7620880764d540816aa9185b134cf

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Vice-Chancellor Lieutenant General Datuk Arman Rumaizi Ahmad delivers his speech at the 18th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHiSS 2026).

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersedia melahirkan lebih ramai graduan berkepakaran khusus bagi memenuhi keperluan tenaga manusia Angkatan Siber (Cyber Force), sekiranya ia direalisasikan sebagai domain baharu pertahanan negara.

Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata komitmen itu selaras dengan landskap ancaman peperangan moden yang tidak lagi tertumpu kepada pertempuran fizikal semata-mata, sebaliknya semakin dipengaruhi serangan siber dan kecerdasan buatan (AI).

Bagi menghadapi peperangan siber yang merupakan ancaman baharu pertahanan negara, kita mesti bersedia dari sekarang dengan membangunkan pasukan serta perisai kita sendiri,” katanya selepas merasmikan 18th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHISS 2026) di sini hari ini.

Beliau berkata bagi mendepani cabaran domain keempat itu dengan berkesan, negara perlu mengguna pakai pendekatan strategi Triple Helix yang menggabungkan kepakaran institusi akademik, pemain industri pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Jika elemen ini dapat disinergikan dengan baik, ia akan memperkukuh keupayaan pertahanan kita dalam menghadapi sebarang ketidaktentuan ancaman pada masa hadapan," katanya.

Arman Rumaizi berkata sebagai institusi yang melahirkan modal insan, UPNM akan memastikan pelajarnya bukan sahaja dibekalkan kelayakan akademik dalam bidang kemahiran siber, malah mempunyai sahsiah dan daya tahan yang tinggi.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata Kementerian Pertahanan kini dalam peringkat merangka usaha membangunkan Pasukan Siber sebagai perkhidmatan atau pasukan keempat dalam ATM bagi menangani ancaman peperangan moden dan kognitif (cognitive warfare).

Mohamed Khaled berkata langkah itu diambil memandangkan ancaman pada masa kini tidak lagi terhad kepada pertempuran fizikal secara tradisional semata-mata, sebaliknya mula beralih kepada penguasaan ruang siber dan persepsi masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register