BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak ramai dapat lebih cuti

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Anak ramai dapat lebih cuti​

3624827.webp

Seorang ibu meletakkan pelekat penyejuk pada dahi anaknya yang mengalami demam. Gambar hiasan iStock

SINGAPURA - Ibu bapa yang mempunyai lebih ramai anak bakal menikmati lebih banyak cuti penjagaan anak apabila kerajaan negara itu memperkenalkan penambahbaikan bagi memberi keluarga lebih masa bersama anak-anak.

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mengumumkan pada Ahad bahawa setiap ibu dan bapa yang bekerja akan diberikan lapan, 10 atau 12 hari cuti penjagaan anak setahun, bergantung kepada bilangan anak.

Di bawah skim baharu itu, ibu atau bapa yang mempunyai seorang anak akan menerima lapan hari cuti setahun, dua anak sebanyak 10 hari, manakala mereka yang mempunyai tiga anak atau lebih layak mendapat 12 hari.

Kelayakan itu terpakai jika anak mereka merupakan warganegara Singapura dan berusia sehingga 12 tahun.

Sebagai contoh, pasangan bekerja yang mempunyai tiga anak di sekolah rendah bakal menikmati keseluruhan 24 hari cuti penjagaan anak setahun, berbanding hanya empat hari secara gabungan di bawah peraturan semasa.

Ketika ini, setiap ibu atau bapa diberikan enam hari cuti setahun jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah, manakala dua hari diberikan bagi mereka yang mempunyai anak berusia antara tujuh hingga 12 tahun.- Agensi

 
Back
Top
Log in Register