BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPM Guna Teknologi, Tenaga Muda Pacu Keterjaminan Makanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
2622fd86c9a94487855612e7ca2397c969d5247bd616f

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah ketika berucap pada Majlis Promosi Universiti Putra Malaysia (UPM) 2026 Bersama Media dan Penyampaian Anugerah Media 2025 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) malam ini.

Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara melalui penggunaan teknologi moden serta penglibatan generasi muda bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian.

Naib Canselor UPM Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata kebergantungan negara kepada makanan import serta ketidaktentuan geopolitik global menunjukkan kepentingan negara memiliki keupayaan sendiri dalam pengeluaran makanan bagi menjamin bekalan yang stabil.

Beliau berkata penggunaan teknologi dalam sektor pertanian merupakan antara strategi utama universiti itu untuk meningkatkan hasil pengeluaran, mempercepat proses penghasilan serta menurunkan kos operasi.

"Kita tahu profil petani di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada golongan berumur. Jadi satu daripada strategi kita ialah menggunakan teknologi melalui tenaga muda dengan harapan siswazah UPM dapat mengubah senario profil petani-petani di Malaysia.

"Tanpa teknologi, kita tidak akan dapat menurunkan kos dan juga tidak akan dapat meningkatkan hasil serta kualiti. Jadi itu antara strategi yang kita gunakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Promosi UPM Bersama Media 2026 di sini malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Ahmad Farhan berkata UPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menangani isu keselamatan bekalan serta memperhebat pengeluaran makanan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import.

Selain itu, katanya universiti berkenaan turut menawarkan ruang latihan kepada petani luar bagi meningkatkan kemahiran dan kapasiti mereka melalui perkongsian kepakaran serta aplikasi teknologi baharu dalam sektor pertanian.

Beliau berkata usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada agenda strategik UPM dalam membantu negara menghadapi cabaran ekonomi dan memastikan keterjaminan makanan sentiasa terpelihara demi kesejahteraan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register