BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

23a717bc95188b1f6f717b2549d8dbc067f3ad87df50d

Dr Mohamad Yusri Bakir

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir, telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, minggu ini.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Mohamad Yusri telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada awal minggu ini dan kini sedang menunggu surat pelepasan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“(Beliau) sudah meletak jawatan dan kini sedang menunggu surat pelepasan daripada JPA,” kata Saarani yang juga Menteri Besar Perak kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli anjuran Yayasan Perak di Sekolah Menengah Sains Tapah, di sini hari ini.

Saarani menjelaskan bahawa pemilihan Mohamad Yusri sebagai calon BN dibuat berdasarkan kemampuan serta kewibawaannya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Jadi, kita berharap pengundi di Ayer Kuning akan membuat pilihan secara rasional dengan memilih calon BN sebagai wakil rakyat daripada pihak kerajaan. Namun, saya yakin pengundi Ayer Kuning cukup bijaksana untuk memilih calon yang benar-benar mampu berkhidmat untuk mereka,” katanya.

Selain BN, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Pengerusi PN Tapah Abdul Muhaimin Malek, 44, sebagai calon gabungan itu, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengekalkan Timbalan Setiausaha Agungnya Bawani KS, 40, sebagai calon pada PRK berkenaan.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

 
763c07d2416f3feba86a7b5aa85e684967a1c27c87d7c

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang

Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diingatkan supaya berkempen secara bertanggungjawab dan mengelak daripada menyentuh sebarang sentimen yang sensitif.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kempen PRK bermula 12 April ini perlu menjadi contoh proses demokrasi yang matang, berhemah, dan tidak mencetuskan sebarang ketegangan kaum atau agama.

“Sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya, kita harus sentiasa menjaga tatasusila sepanjang kempen, selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan serta nilai-nilai Malaysia MADANI.

“Elakkan menyentuh perkara-perkara sensitif seperti agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aaron berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu atau pihak yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan tindakan berunsur hasutan, provokasi atau penghinaan terhadap mana-mana kaum, agama atau individu.

Menurut beliau, antara peruntukan undang-undang yang terpakai termasuk Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan kesalahan mengeluarkan kenyataan atau melakukan tindakan yang boleh mencetuskan perpecahan antara kaum dan agama sepanjang tempoh kempen.

“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula memperuntukkan tindakan komunikasi tidak wajar atau menyinggung perasaan; dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan kesalahan menghasut.

“Setiap calon, penyokong dan pengundi perlu memastikan komunikasi mereka, sama ada di media sosial atau dalam pertemuan kempen, adalah sopan, tidak berunsur kebencian, dan tidak menyinggung mana-mana pihak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut berharap semua pihak menjaga perpaduan negara dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

 
f6a8dd773bd83bf1126a421389071b1467f7a0501e4b7

Datuk Ikmalrudin Ishak

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Sabtu ini akan diadakan di Dewan Merdeka, di sini menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata bakal calon yang bertanding pada PRK itu perlu menyerahkan kertas penamaan calon dari 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon berkenaan.

Beliau menyarankan bakal calon mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum hari penamaan calon.

Bakal calon juga, katanya disaran membuat pembayaran deposit lebih awal, dengan resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran.

“Bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon,” katanya.

Ikmalrudin berkata calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata ia termasuk penggunaan alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui kenderaan dan menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan pada hari penamaan calon, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta 5.

“SPR menyeru bakal calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar,” katanya.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.

 
Penamaan calon ni, biar 3-4 orang je la yg pi daftar. Tak perlu bawa ramai penyokong, bukan ada keperluan. Secara online lagi bagus.
 
c02f0cab59755b3110e4d756a6ecd2d367f7ba8e38a37

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menjawab pertanyaan media ketika hadir ke program Mini Akademi Asas Penerangan (ASAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning di Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang hari ini.

Capaian telekomunikasi dan akses Internet akan dipastikan pada tahap terbaik sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning supaya tidak mengganggu perjalanan PRK itu terutama ketika hari penamaan calon dan pengundian.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat telekomunikasi (Telco) esok bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil bagi kawasan yang mengalami capaian Internet kurang memuaskan.

“MCMC telah menyampaikan maklumat ada beberapa talian Telco yang mungkin mutu perkhidmatannya kurang memuaskan dan mereka telah berhubung dengan syarikat-syarikat Telco ini untuk mendapatkan maklum balas.

“Esok, pegawai MCMC akan mempengerusikan satu mesyuarat bersama untuk mengesahkan tindakan susulan yang perlu diambil syarikat-syarikat ini,” katanya ketika menghadiri Program Mini Akademi Asas Penerangan dan Sembang Santai Menteri Komunikasi Bersama Komuniti MADANI DUN Ayer Kuning di sini hari ini.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRK itu Sabtu ini, manakala pengundian pada 26 April dan pengundian awal 22 April.

Fahmi berkata kerajaan komited terhadap usaha berterusan bagi meningkatkan mutu capaian telekomunikasi dan akses Internet di seluruh negara, dan MCMC telah diminta untuk turut meneliti data daripada beberapa pihak seperti OOKLA bagi mengenal pasti lokaliti yang memerlukan penambahbaikan, selain hanya bergantung kepada aduan orang ramai.

 
d68e5f88a5a96479b6e4bc2f1b7df96d67f7e7c7e209f

--fotoFB Parti Amanah Negara

Angkatan Muda Harapan (AMH) akan melancarkan jentera kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning esok dengan fokus membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya tersebut.

Ketua AMH Woo Kah Leong yang juga Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berkata jentera AMH akan memberikan tumpuan untuk menterjemahkan kestabilan politik di bawah Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat Perak..

“Kita akan pastikan mesej yang disebarkan dapat mengukuhkan perpaduan dan janakan harapan. Kestabilan politik di negeri Perak telah terbukti, dan kita ingin mengekalkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Raya DAPSY Bersama Media di sini hari ini.

Menurut Woo, pelancaran jentera AMH akan diadakan di Arena Square, Kampung Tanjung Keramat, Temoh di Perak dan dijangka dihadiri oleh Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam pada itu, Woo turut mengumumkan bahawa jentera AMH akan melibatkan setiap sayap pemuda daripada parti-parti gabungan PH dan mereka akan memanfaatkan platform media sosial untuk mendekati pengundi, terutama golongan belia di Ayer Kuning, selain menyebarkan mesej semangat perpaduan.

“Untuk pengundi muda yang tidak menetap di Ayer Kuning tetapi merupakan perantau, kita akan gunakan mesej perpaduan dan harapan untuk menyeru mereka pulang mengundi pada PRK ini,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, dengan penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

 
910487746ec2edc146f9d88ee71fd83667f8aa93db428

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin bercakap kepada media pada sidang media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini.

Sejumlah 1,114 pegawai dan anggota polis daripada kontinjen Perak akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang bermula dengan proses penamaan calon esok.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata daripada jumlah itu, 778 pegawai dan anggota akan ditugaskan esok manakala 732 lagi sepanjang tempoh berkempen, sementara kesemua 1,114 pada hari mengundi.

“Kita harap langkah yang kita ambil ini sebagai langkah pencegahan yang telah kita kenal pasti dapat mengurangkan insiden tidak diingini,” katanya pada sidang media berkaitan persediaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sempena menghadapi PRK N48 Ayer Kuning di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan bakal calon serta parti politik bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan undang-undang berkaitan pilihan raya akan digunakan sepanjang kempen berlangsung.

“Saya juga ingin menasihatkan supaya semua, sama ada pihak yang bertanding mahupun penyokong dan orang awam sentiasalah mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisam berkata polis akan membuat pelencongan dan penutupan jalan seawal 7 pagi esok hingga kira-kira 12.30 tengah hari untuk proses penamaan calon melibatkan antaranya simpang utama ke Dewan Merdeka, Jalan Stesen dan simpang Jalan Raja.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, sementara pengundian awal pada 22 April.

 
5737577042e66ac8dc07f503fb833e1267f8fbd5c874d

be65a3a7e3fa92598c13096fc79c464667f8fbfe54177

Kredit : FB Wee Ka Siong

Kesemua 24 bahagian MCA di Perak digerakkan bagi membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata parti itu akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menambat hati pengundi di kawasan DUN berkenaan.

“Terdapat pelbagai cara kerana pada masa ini tidak hanya terhad kepada kempen dari rumah ke rumah. Media sosial adalah satu daripadanya, selain sudah tentunya pendekatan peribadi juga amat penting, kita tidak boleh mengabaikan mana-mana pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bilik Gerakan MCA untuk kempen PRK Ayer Kuning di Bidor dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon serta Naib-Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Datuk Lim Ban Hong dan Datuk Lawrence Low Ah Keong.

BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada esok dan pengundian awal pada 22 April.

 
Back
Top
Log in Register