BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

c492f76ebafbec4dbda6dbad63ef4dbc67f3ae3217d16

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, pada majlis pelancaran jentera yang disempurnakan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Command Centre BN, Kampung Haji Tahir, Temoh dekat sini hari ini.

Mohamad Yusri, 54, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kini berkhidmat sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Dalam ucapan ringkasnya, Mohamad Yusri merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan BN dan UMNO yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili BN pada PRK itu.

“Insya-Allah, kerjasama dan komitmen daripada kita semua, kita akan mampu membawa kejayaan yang besar kepada DUN Ayer Kuning ini dengan meneruskan perancangan dan apa yang telah dibuat Allahyarham Ishsam Shahruddin,” katanya.

DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar terdiri daripada 31,315 pemilih biasa dan 582  anggota polis dan pasangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan, hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

Turut hadir majlis pengumuman itu ialah Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

f4c2d03344bdc6ab2bec6aa7eb8500b767f3b030a45ba

Syahredzan Johan

Pemimpin Melayu dalam DAP bersedia turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan MADANI dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Syahredzan Johan berkata ini selaras dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming bahawa parti itu akan turut menghantar jentera DAP, termasuk pemimpin dalam kalangan Melayu bagi memberi sokongan kepada bakal calon.

“Bergantung kepada keperluan kempen. Saya dan Young Syefura Othman (antara pemimpin Melayu dalam DAP) bersedia untuk turun membantu jentera BN dan Kerajaan MADANI di PRK itu,” katanya pada sidang media mengenai peranan dan aspirasi pemimpin Melayu dalam DAP pascapemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di sini hari ini.

Turut hadir Young Syefura yang dipilih sebagai Penolong Setiausaha Publisiti DAP pada pemilihan CEC, 16 Mac lepas.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh bagi penamaan calon PRK berkenaan pada 12 April manakala undi awal 22 April dan hari pengundian pada 26 April, membabitkan 31,897 pengundi berdaftar.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 59, selepas rebah akibat serangan jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lepas.

Sementara itu, mengenai pascapemilihan CEC DAP, Syahredzan berkata pemimpin Melayu dalam parti itu akan terus berusaha untuk mendekati masyarakat Melayu serta menguatkan sokongan masyarakat daripada pelbagai etnik dan agama.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai anak muda, termasuk anak muda Melayu serta golongan wanita menunjukkan minat terhadap DAP dan ada yang telah menyertai sebagai ahli parti.

“Usaha untuk menggalakkan penyertaan baharu, termasuk dalam kalangan orang Melayu akan terus diperkasakan selagi mana mereka mendukung prinsip dan perjuangan parti,” katanya.

0617ed7faa07ad22bcef3a8ccbece9c567f3c7d56cd45

Dr Mohamad Yusri Bakir

Barisan Nasional (BN) Perak menyasarkan lebih 18,000 undi akan berpihak kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.

Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia berdasarkan rekod pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan calon BN dan Pakatan Harapan (PH) keseluruhannya memperoleh lebih 15,000 undi daripada pengundi DUN Ayer Kuning.

"Jika semua lebih 9,000 pengundi yang mengundi BN serta lebih 6,000 pengundi yang mengundi PH pada PRU lepas (mengundi calon BN), kita mampu memperoleh lebih 15,000 undi.

“Ditambah semangat dan gerak kerja daripada rakan-rakan (BN dan PH), kita hendak capai 18,000 undi yang mengundi calon BN," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera yang disempurnakan  Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Terdahulu, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

d30543dabb0eed98a6d94f9a3be1262f67f4ffdfb633f

f96328366bd9264800e624db38bff35367f4fffd28920

Timbalan Setiausaha Agung Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) K.S. Bawani dipilih menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini

Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS sekali lagi dipilih sebagai calon mewakili parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pemilihan beliau diumumkan Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj di Bilik Gerakan PSM DUN Ayer Kuning di sini hari ini.

Menurut Bawani, ini merupakan kali kedua beliau bertanding di kerusi itu dan akan menggunakan kelebihan selaku anak jati Ayer Kuning bagi meraih undi.

Mengakui PSM tidak mempunyai peruntukan besar seperti parti lawan namun beliau berkata ia tidak menjadi halangan untuk mereka menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat khususnya di DUN itu.

“Kita bukan parti baharu sebaliknya telah wujud lebih 30 tahun dahulu. Jadi, saya fikir tujuan kita bertanding ini adalah untuk menawarkan alternatif serta memastikan suara serta permasalahan yang dibawa rakyat lebih didengari,” katanya pada sidang media selepas pengumuman itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan menafikan tujuan parti berkenaan bertanding pada PRK itu untuk memecah undi.

Beliau berkata dakwaan itu tidak seharusnya timbul memandangkan PSM tidak mempunyai peruntukan kewangan yang besar untuk mengadakan pelbagai majlis atau program bagi menarik undi penduduk.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 59, yang rebah akibat serangan jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 April dan 22 April manakala 26 April sebagai hari pengundian.

be8e7a799b7db5c191bdf47a0d403bc867f54c4b747c4

fb Perikatan Nasional

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah Abdul Muhaimin Malek, 43, diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pengumuman Calon PN di Padang Awam, Tapah Road malam ini.

"Kita telah membuat kajian di semua lapisan masyarakat … tentang ciri-ciri pemimpin atau calon yang diinginkan oleh rakyat Ayer Kuning.

"Pimpinan PAS, hasil tapisan mengikut keutamaan pada syarat dan kelayakan yang ditentukan, Majlis Syura Ulama PAS bersama pimpinan PN telah membuat keputusan memilih Abdul Muhaimin sebagai calon kita untuk Ayer Kuning,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Tapah merupakan anak jati Ayer Kuning mampu merampas kerusi itu yang disandang Barisan Nasional (BN).

Turut hadir Presiden Parti Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Semalam, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini pula sekali lagi memilih Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KS sebagai calonnya pada PRK itu.

PRK Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.

d7837ee8f1d3b0f7b7abd96f340b866567f54f2755f02

be8e7a799b7db5c191bdf47a0d403bc867f54c4b747c4

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tapah, Abdul Muhaimin Malek diumum sebagai calon PN bagi PRK DUN Ayer Kuning pada Majlis Pengisytiharan Calon PN PRK N.48 Ayer Kuning.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah Abdul Muhaimin Malek, 43, diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pengumuman Calon PN di Padang Awam, Tapah Road malam ini.

"Kita telah membuat kajian di semua lapisan masyarakat … tentang ciri-ciri pemimpin atau calon yang diinginkan oleh rakyat Ayer Kuning.

"Pimpinan PAS, hasil tapisan mengikut keutamaan pada syarat dan kelayakan yang ditentukan, Majlis Syura Ulama PAS bersama pimpinan PN telah membuat keputusan memilih Abdul Muhaimin sebagai calon kita untuk Ayer Kuning,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Tapah merupakan anak jati Ayer Kuning mampu merampas kerusi itu yang disandang Barisan Nasional (BN).

Turut hadir Presiden Parti Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Semalam, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini pula sekali lagi memilih Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KS sebagai calonnya pada PRK itu.

PRK Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.

Parti Pembina Negara pun tak register lagi.....

Kalau tidak, boleh la hantar calon.

Ambik geng-geng dalam CG ni dah ler.

Janji tak hisap rokok, pastu ada degree.....settle..

Hantar lawan dengan PN, PH-BN, PSM semua tu.

Kalah menang belakang citer, janji lawan.....kikikikikikikiki
 
0fcde65ebba37e220afc4bc360fe7c4967f74d3cbc93c

Kredit : Fb Malaysian Meteorological Department

Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini diramalkan hujan pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemas kini ramalan cuaca khas di laman rasmi Facebooknya turut memaklumkan ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang.

“Rancang perjalanan anda dengan sebaiknya.

“Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat,” menurut kemas kini itu.

Orang ramai yang mahu mengetahui maklumat cuaca boleh memuat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat serta informasi cuaca yang pantas dan sahih menerusi saluran Telegram https://t.me/metmalaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan hari pengundian awal pada 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya Ishsham Shahrudin pada Februari lepas.

Back
Top
Log in Register