BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,421
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,421
Reaction score
279
Points
146
Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN), Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) diminta melipatgandakan usaha dalam memberikan kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan datang.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua parti komponen juga diminta memberi tumpuan di kawasan masing-masing agar mudah meraih sokongan daripada pengundi.

"Hari ini saya bermesyuarat dengan pemimpin parti daripada Friends of BN yang kita ketahui mempunyai pengaruh besar ahli dan penyokong sendiri selain MCA dan MIC.

"Esok kita akan berjumpa dengan pemimpin daripada komponen PH dan sekiranya kesemua parti mampu menarik sokongan penyokong mereka, maka saya cukup yakin BN akan menang besar," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Tapah di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Saarani berkata setakat ini gerak kerja BN dan PH atas nama Kerajaan Perpaduan berjalan dengan lancar, malah pembentukan kerjasama antara kepimpinan sangat kukuh.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata komponen BN akur dengan sebarang keputusan kepimpinan tertinggi untuk memastikan kerusi yang dimiliki gabungan itu dapat dikekalkan.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon yang senada dengan Saravanan berkata ahli BN diingatkan supaya berwaspada dengan gerak kerja musuh politik dan tidak memandang mudah cabaran pada PRK Ayer Kuning.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Ayer Kuning pada Jumaat ini selepas berlaku kekosongan luar jangka kerusi susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

 
Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan setakat ini untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.

Pengerusi UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata senarai calon yang telah dipersetujui antaranya adalah Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua, setiausaha, ketua penerangan, bendahari, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri UMNO Bahagian Tapah.

"Mengikut perlembagaan UMNO fasal 15.13.1, jawatankuasa UMNO bahagian hendaklah menyediakan cadangan nama, mereka boleh mencadangkan (namun) keputusan di peringkat Majlis Tertinggi… dan Presiden Parti," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di Kamunting dekat sini hari ini.

Saarani berkata pada mesyuarat jawatankuasa bahagian itu semalam, beliau telah diberi mandat untuk menghantar nama lapan calon daripada UMNO Bahagian Tapah.

"Jika daripada lapan calon itu, ada dalam kalangan mereka yang berhasrat menarik diri, boleh WhatsApp kepada saya. Setakat ini sudah dua orang WhatsApp kepada saya minta untuk menarik diri.

"Bermakna ada enam yang akan dipertimbangkan, bergantung kepada kemungkinan yang akan WhatsApp kepada saya (tarik diri) - itu tidak pasti," katanya.

Saarani berkata kriteria calon yang akan diketengahkan pada PRK kali ini adalah seperti yang telah diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu WALI yang bermaksud boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable).

"Sudah tentu kita ada calon yang menepati kriteria itu, dan saya yakin sebaik sahaja nama calon terpilih itu kita umum, dia akan mendapat sokongan daripada semua, sebab semalam kita telah berjanji bahawa daripada lapan nama yang kita hantar itu, satu sahaja yang akan dapat (jadi calon), yang lain itu akan bertungkus lumus untuk memenangkannya," katanya.

Semalam Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning kepada SPR berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin.

 
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata langkah itu bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin.

“Keputusan untuk menjadi pendukung dibuat berdasarkan prinsip penyandang, dan ini adalah persetujuan yang dicapai dalam kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata PH Perak akan memulakan gerak kerja setelah mendapat arahan daripada Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan mengatur gerak kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akan aktifkan jentera kita di peringkat pusat dan di peringkat negeri, kemudian kami akan tentukan keperluan logistik sebelum mengagihkan tugas, dengan matlamat akhirnya adalah mempertahankan kemenangan kerusi ini buat BN,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata dalam hal ini tidak timbul persoalan berhubung dakwaan PH akan meletakkan calon untuk kerusi berkenaan.

Pada 1 Mac lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan untuk pertimbangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi PRK DUN Ayer Kuning nanti.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.

Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Nov 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

 
3846770e9cd73d9b1f6fe3819dbfe7b96360a465ec20e

Menara Suruhanjaya Pilihan Raya, Putrajaya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 26 April ini.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 12 April dan 22 April.

"Daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN Ayer Kuning mengandungi 31,897 pemilih. PRK DUN Ayer Kuning memerlukan peruntukan sebanyak RM2.5 juta," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan dan tarikh penting berkaitan PRK DUN Ayer Kuning di Menara SPR di sini hari ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 59, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

 
f3bf75f8d6ed5a79dc442f0f398cb57a67cbd7eb95a3b

Kredit: Pejabat Menteri Besar Perak

Kerajaan Perak tidak bercadang meminda tarikh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 22 April, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perjalanan PRK itu tidak akan menjejaskan persidangan DUN kerana jentera Kerajaan Perpaduan akan membantu dalam kempen pilihan raya.

“Saya rasa ia tidak mengganggu walaupun dalam tempoh sidang DUN kita berada dalam ‘mood’ berkempen. Ini kerana gerak kerja PRK akan dibantu oleh jentera-jentera parti Kerajaan Perpaduan,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Perak 2024 di Laman Seri Ridzuan, di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun, mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRK DUN N48 Ayer Kuning ditetapkan pada 12 April, pengundian awal pada 22 April, manakala hari pengundian pada 26 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tapah. Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.

Sementara itu, Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, turut menyarankan pengundi membuat pilihan bijak dengan menyokong calon Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan itu.

Menurutnya, pembangunan di DUN Ayer Kuning telah dilaksanakan secara berterusan sejak era Allahyarham Datuk Azman Mahalan (1986-2004), diikuti Datuk Samsudin Abu Hassan (2004-2022), dan kemudiannya Allahyarham Ishsam Shahruddin.

“Adalah pelik jika pengundi memilih untuk menjadi pembangkang di kawasan yang dikuasai kerajaan. Apa jua keputusan PRK ini tidak akan mengubah kedudukan Kerajaan Perpaduan di Perak,” katanya.

 
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata gabungan itu mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding.

Beliau berkata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak sudah melakukan penilaian sewajarnya dalam pemilihan calon.

"Di pihak BN, kita telah mula melihat dari segi calon-calon yang berkelayakan dan pada asasnya saya boleh sebutkan di sini bahawa BN tidak mempunyai masalah dari segi mencari calon yang sesuai kerana terdapat beberapa calon yang berkelayakan untuk DUN Ayer Kuning," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kembara Ramadan KPT 2025 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam ini.

Zambry yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata calon yang akan dipilih kelak pastinya calon yang boleh bekerja dan diterima masyarakat.

"Kami tidak mengecualikan sesiapa, sama ada wanita, belia atau orang dewasa untuk menjadi calon (DUN Ayer Kuning) malah membabitkan semua kategori diwakili iaitu wanita, belia dan Ahli Jawatankuasa Bahagian kerana kita mahukan calon yang benar-benar boleh menyumbang sebagaimana calon sebelum ini yang telah menunjukkan prestasi yang berkesan,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Pada 7 Mac lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini membabitkan 31,897 pengundi manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini.

 
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah.

"Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini.

Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman.

"Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi saya dan saya telah berbincang dengan Jawatankuasa War Room di peringkat nasional mengenai gerak kerja yang telah dijalankan," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown.

Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada lebih 1,000 penerima sempena program Sumbangan Asnaf Parlimen Bagan Datuk dan program Ceria ke Sekolah 2025.

 
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza  dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan.

“Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

 
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diumumkan selepas mesyuarat khas yang akan diadakan 20 Mac ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata PN telah mempunyai senarai nama calon yang akan dimuktamadkan pada mesyuarat berkenaan.

"Kita ada banyak calon yang boleh diketengahkan, belum ada senarai pendek lagi dan paling penting calon itu calon tempatan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran jentera PN PRK Ayer Kuning di sini, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

 
Back
Top
Log in Register