BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE PRK DUN Ayer Kuning

773d7cbd4e47aa6bee27641f462b344467e138f2d8530

Woo Kah Leong

Angkatan Muda Harapan (AMH) merangka strategi bagi memastikan undi golongan muda berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua AMH Woo Kah Leong berkata sayap gabungan Pakatan Harapan (PH) itu akan menggerakkan seluruh kekuatan untuk memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik BN.

"Kita sudah ada kerangka atau strategi hasil daripada mesyuarat yang diatur sebelum ini antara kedua-dua jentera dari PH dan BN yang akan bekerja dalam satu pasukan untuk gerak kerja di Ayer Kuning.

"Formula yang digunakan adalah perpaduan untuk semua dan bukan hanya bergerak secara berasingan malah kami akan bergerak dalam satu naratif yang sama bagi memenangkan calon Kerajaan Perpaduan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan AMH Ammar Atan dan Pengarah Pilihanraya AMH PRK Ayer Kuning Khairol Najib Hashim yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak.

Sementara itu, Khairol Najib berkata pihaknya akan memantapkan strategi kempen secara dalam talian kerana ia bersifat masa nyata, cepat dan mudah sampai kepada golongan sasar, khususnya pengundi muda yang berada di luar kawasan.

"Dalam konteks demokrasi digital, media baharu menjadi alat penting yang digunakan untuk memenangi hati dan mencorak persepsi pengundi berusia 18 hingga 40 tahun.

"Selain pengundi luar, kita juga akan memberi fokus kempen untuk memastikan ahli dan penyokong parti gabungan mengundi calon Kerajaan Perpaduan pada hari mengundi 26 April ini," katanya.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan lebih 80 peratus pengundi akan keluar mengundi dan pengundi luar balik ke kampung halaman untuk mengundi serta yakin sasaran itu dapat direalisasikan.

 
ed310a0e6aca9cd67dd249917473519767e13f9044dfd

fb Woo Kah Leong

Angkatan Muda Harapan (AMH) sudah merangka strategi bagi memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, kekal milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu akan datang.

Ketua AMH Woo Kah Leong berkata sayap gabungan Pakatan Harapan (PH) itu juga, akan menggerakkan seluruh kekuatan untuk membantu BN mempertahankan kerusi berkenaan.

“Kita sudah ada kerangka atau strategi hasil daripada mesyuarat yang diatur sebelum ini antara kedua-dua jentera daripada PH dan BN, yang akan bekerja dalam satu pasukan untuk gerak kerja di Ayer Kuning.

“Formula yang digunakan ialah perpaduan untuk semua dan bukan hanya bergerak secara berasingan, malah kami akan bergerak dalam satu naratif yang sama bagi memenangkan calon Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan AMH Ammar Atan dan Pengarah Pilihan Raya AMH PRK Ayer Kuning Khairol Najib Hashim, yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak.

Sementara itu, Khairol Najib berkata pihaknya akan memantapkan kempen secara dalam talian bagi mendekati golongan sasar khususnya pengundi muda, memandangkan penyampaian maklumat melalui kaedah itu bersifat masa nyata, cepat dan mudah.

Beliau berkata selain pengundi luar, pihaknya juga akan memberi fokus kempen untuk memastikan ahli dan penyokong parti gabungan itu, mengundi calon Kerajaan Perpaduan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

 
d40ad6513cd01ae82889abcd965b1e6c6366529ceae56


UMNO Terengganu akan menghantar jentera bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat berkata UMNO negeri telah diberikan amanah untuk membantu dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu Kampung Raya dan Pekan Getah.

“Kita telah hantar setiausaha kerja bagi menghadiri mesyuarat di Perak untuk diselaraskan berkaitan gerak kerja yang akan dilaksanakan nanti. Jumlah jentera parti yang akan dihantar akan lihat kepada keperluan sebenar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Terengganu, di sini malam tadi.

Rozi berkata setiap PDM terlibat akan dibantu jentera daripada empat bahagian iaitu Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, serta Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.

 
b9951ea169a202fb9ee49e072ae5086c67f1ee20e5390

61c543b5e48c05d43e1685adf9996fe167f1eee29f6a0

e013c9b022021ee7315ac05ba8793b0a67f1eefc47e1f

c21ccc8bfe2097bbcaf6fc51e4a21e4467f1ef2521784

Pekerja Mohamad Fazie Abdul Jalal, 35, melakukan kerja-kerja mengangkat buah sawit di sini baru-baru ini.

Memiliki tanah subur, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berpotensi dimajukan dalam sektor pertanian sebagai tambah nilai kepada aktiviti perladangan kelapa sawit yang menjadi nadi utama ekonomi penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jawa Air Kuning Faiz Helmi berkata berdasarkan anggaran kasar, kawasan kebun kelapa sawit di Ayer Kuning pada masa ini berkeluasan lebih 800 hektar.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Memiliki tanah yang subur, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berpotensi dimajukan dalam sektor pertanian sebagai tambah nilai kepada aktiviti perladangan kelapa sawit yang menjadi sumber utama ekonomi penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jawa Air Kuning Faiz Helmi berkata berdasarkan anggaran kasar, kebun kelapa sawit di kawasan DUN tersebut pada masa ini berkeluasan lebih 800 hektar.

“Terdapat lebih 1,000 pemilik kebun kelapa sawit di Ayer Kuning dan masing-masing memiliki lebih kurang 0.8 hingga 1.6 hektar kebun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hasil tanaman itu yang dijual ke kilang kelapa sawit di kawasan berkenaan dianggarkan mencecah 80,000 tan metrik sehari.

Bagaimanapun, Faiz berkata bagi meningkatkan ekonomi penduduk, DUN Ayer Kuning boleh dimajukan dalam sektor pertanian, khususnya sebagai hab sayur-sayuran menerusi konsep rumah hijau.

Selain membantu usaha kerajaan dalam isu keterjaminan makanan, beliau berkata langkah itu juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan aktiviti keusahawanan kepada belia.

“Anak jati Ayer Kuning hanya akan menetap di sini sekiranya mereka memiliki tanah untuk diusahakan, jika tidak mereka akan merantau ke luar kawasan bagi mencari rezeki,” katanya.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Oktober 2024, terdapat 14,640 pemilih berdaftar berumur 18 hingga 39 tahun di DUN berkenaan.

 
Subur la.... dekat-dekat PRK ni ramai politician turun kencing kat situ...
 
Back
Top
Log in Register